Thursday, April 10, 2014

Elfira Borong Kain RM20,000 Di India


Pelakon Elfira Loy tidak lokek berbelanja sehingga mencecah kira-kira  RM20,000 untuk membeli pelbagai fabrik mewah dan produk kecantikan ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini.
Menurut Elfira, 20, minatnya terhadap kecantikan menyebabkan dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan berjumlah ribuan ringgit bagi membeli sesuatu produk mengikut cita rasa dan penampilannya.

"Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang.

"Jadi apabila berpeluang ke India, pastinya kain sari adalah sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai 'lehenga' berharga kira-kira RM4,000," katanya kepada mStar Online.

Tambah Elfira perbelanjaannya itu sangat berbaloi jika dia mahu mendapatkan fabrik dari kualiti yang sama dalam pasaran tempatan.

"Kalau di Malaysia harga sepasang 'lehenga' kira-kira RM7,000. Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas," katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment