Cinta Redzwani Puteri terhadap tunangnya Shahrizal Jaszle tidak pernah goyang walaupun pelakon itu ditemui hanya memakai ‘boxer’ bersama seorang wanita semasa serbuan penguat kuasa agama Islam di sebuah apartmen pada 16 Mei 2013.
Redzwani, 26, tetap mempercayai Shahrizal Jaszle atau sebelum ini dikenali sebagai Shahz Jaszle berada pada pihak yang benar apabila mendengar penjelasan pelakon itu selepas kejadian berkenaan berlaku.
"Tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap. Saya percayakannya dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah.
"Sehingga kini, kami masih lagi berpasangan. Lagipun kami masing-masing sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Redzwani diminta mengulas dakwaan Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman yang melihat pelakon itu hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) di dalam bilik ketika serbuan dilakukan sekumpulan pegawai Jais di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat sini pada 16 Mei 2013. Baca artikel penuh
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment