Friday, January 28, 2011

Yuna dan Blogger Boy

news @Kosmo

Yuna dan Blogger Boy

Yuna dan Qi bercintaPUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu. Namun kelmarin, Yuna akhirnya secara rasmi mengakui hakikat bahawa pengacara dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupnya.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada seraut wajah gadis manis itu ketika bertentang mata dengannya di Restoran Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menyedari ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 34 tahun itu, Yuna, 25, bukan mahu menafikan fakta tersebut, namun jujur dia mengakui tidak selesa untuk berkongsi cerita berkenaan perkara itu memandangkan antara mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi.

"Kami memang sangat rapat dan saya memang tak berapa selesa nak cerita sangat kerana kami masih dalam proses mengenali. "Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan jadi sebab itu saya takut nak bercerita dan saya juga perlu menjaga nama baik keluarga kami berdua," tutur Yuna yang menyambung kontrak sebagai duta tuala wanita Libresse untuk tahun kedua. more news / previous news

Related Posts:

  • Yuna dan Blogger Boynews @Kosmo Yuna dan Blogger Boy PUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu. Namun kelmarin, Yuna akhirnya sec… Read More
  • AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonannews @mStar AIM-18 : Aizat Ungguli Enam Pencalonan Penyanyi Aizat mengungguli enam pencalonan bagi enam kategori termasuk Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) yang bakal berlangsung di Stadiu… Read More
  • Promo: Win tickets to the Yuna Inspired Secret ConcertPromo: Win tickets to the Yuna Inspired Secret Concert Win tickets to the Yuna Inspired Secret Concert together with other berry good prizes to come.Lets check out now !… Read More
  • Trofi Yuna Untuk Anugerah AIM Ditarik BalikTrofi Yuna Untuk Anugerah AIM Ditarik Balik Trofi yang dimenangi oleh penyanyi Yuna untuk kategori lagu terbaik telah ditarik balik oleh pihak AIM. Kategori itu sebelum ini dimenangi oleh Yuna dengan lagu Penakut. Namu… Read More
  • Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami Isterinews @mStar Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami IsteriPenyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna belum merancang untuk membawa hubungan percintaannya dengan pelakon dan pengacara, Qusyairi atau Qi … Read More

0 comments:

Post a Comment