news @bharian
Lin Dan tak dapat lari bayangan Chong Wei
2011/01/29
BAYANGAN pertembungan Lee Chong Wei menentang juara Olimpik, Lin Dan dalam final kejohanan badminton Terbuka Korea semakin menjadi satu realiti ketika ini selepas kedua-dua pemain elit dunia itu layak ke saingan separuh akhir, malam tadi.
Chong Wei menewaskan pemain China, Wang Zhengming 21-14, 21-19 manakala Lin Dan berhempas pulas menewaskan bekas juara dunia dari Indonesia, Taufik Hidayat 21-13, 8-21, 21-15. Hari turut menjadi ceria buat pasangan beregu emas negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong selepas menewaskan rakan senegara, Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock 21-17, 12-21, 21-16 dalam saingan suku akhir, semalam. Dalam separuh akhir, hari ini Chong Wei akan menentang Du Pengyu - seorang lagi pemain China yang berada dalam ranking ke-11 dunia.
Lin Dan pula dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan pemain muda Indonesia, Simon Santoso dalam satu saingan buat mengintai tiket ke final di kejohanan terkaya itu.
Kean Keat-Boon Heong bakal bertemu beregu nombor tujuh dunia, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam kelompok empat terakhir, hari ini manakala satu lagi saingan peringkat sama membabitkan pertemuan beregu nombor satu dunia, Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark menentang Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong (ketiga dunia) dari Korea Selatan.
Related Posts:
Harimau Malaya : FAM ambil pendekatan baru untuk terus mantapkannews @bharian Harimau Malaya : FAM ambil pendekatan baru untuk terus mantapkan SKUAD kebangsaan akan dihimpunkan setiap bulan demi memastikan Harimau Malaya terus gemilang menempa lebih banyak pengiktirafan selepas kejayaan… Read More
Fernando Torres pemain termahal di Englandnews @KosmoTorres pemain termahal di EnglandLONDON - Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal… Read More
Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014news @HMetroHarimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014PENGHORMATAN diraih Mohd Safiq Rahim selaku ketua pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal tergugat dengan kembalinya tonggak utama… Read More
Safee Sali berhijrah ke Pelita Jaya FCSidang Media: Safee Sali berhijrah ke Pelita Jaya FCPENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepa… Read More
Harimau Malaya tundukkan Hong Kong 2-0Harimau Malaya tundukkan Hong Kong 2-0SHAH ALAM: Skuad bola sepak Malaysia menundukkan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.Gol pembukaan pasukan negara diperoleh meneru… Read More
0 comments:
Post a Comment