Saturday, January 29, 2011

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

news @mStar

Memey Sahkan Nikah Norman Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza dan pasangannya Norman Hakim

Menurut Memey, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di Bandung, Indonesia, beberapa hari lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap.

"Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Sebenarnya persiapan itu dibuat sedikit demi sedikit agar tidak kelam kabut nanti, memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman," kata Memey yang ditemui ketika penggambaran drama Bola Cinta di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, di sini, Jumaat.

Tambah Memey, dia berharap agar segala perancangan yang dibuat mereka berjalan lancar.

Malah Memey mengimpikan perkahwinannya nanti berkonsepkan ala taman.

"Kalau boleh saya nak majlis kami meriah, tetapi kami belum tetapkan tema warna yang sesuai. Syukur alhamdulillah, kami juga ditawar oleh beberapa penaja untuk menguruskan perkahwinan kami.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," katanya yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Mereka bertunang pada 13 September 2010 .

Related Posts:

  • Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwinnews @mStar Norman, Memey Edar 3,200 Kad Kahwin Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mula mengedarkan sebanyak 3,200 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada 25 S… Read More
  • Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Jutanews @mStar Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown P… Read More
  • 'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakimnews @mStar 'Kejadian Khalwat Adalah Dugaan' - Norman Hakim Pelakon, Norman Hakim,35, pada Jumaat, tidak pernah menyangka akan menangis apabila mengetahui dirinya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkhal… Read More
  • Photo: Pernikahan Norman & MemeyPhoto: Pernikahan Norman & Memey Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 … Read More
  • Abby Abadi maafkan Norman, MemeyAbby Abadi maafkan Norman, Memey Abby Abadi dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara peribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey. "Sama-samalah … Read More

0 comments:

Post a Comment