Monday, August 9, 2021

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia 5.13 pagi, hari ini (09 August 2021)

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.



Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.


"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.

Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit: hmetro

Related Posts:

  • Pelawak Abam Bocey meninggal dunia PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.“Isteri Abam, hubungi saya d… Read More
  • Rod Taylor Pelakon 'The Birds' Meninggal Dunia   LOS ANGELES: Pelakon Australia Rod Taylor yang terkenal kerana peranannya dalam filem seram terkenal 'The Birds' arahan Alfred Hitchcock pada 1963 meninggal dunia pada usia 84 tahun di Los Angeles. Juga terkenal me… Read More
  • Harun Salim Bachik meninggal dunia KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab ketika dihubungi BH Online sebentar ta… Read More
  • Jimmy (Samudera) Meninggal Dunia PEMAIN bass kumpulan Samudera, Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jimmy meninggal dunia pada Ahad di Rengit, Batu Pahat. Menurut pengurus kumpulan tersebut, Mahadi Latif, dia mendapat tahu tentang berita k… Read More
  • Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia Hasbullah Awang   KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada … Read More

0 comments:

Post a Comment