Sunday, November 19, 2017

Jimmy (Samudera) Meninggal Dunia

PEMAIN bass kumpulan Samudera, Azizan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Jimmy meninggal dunia pada Ahad di Rengit, Batu Pahat.



Menurut pengurus kumpulan tersebut, Mahadi Latif, dia mendapat tahu tentang berita kematian Jimmy selepas menerima panggilan daripada Shah Samudera.

Jimmy meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Mahadi berkata, salah seorang ahli Samudera, Jep cuba mengejutkan Jimmy untuk bangun namun dia mendapati pemuzik itu sudah tidak bernafas.

"Saya terima panggilan daripada Shah mengatakan Jimmy sudah meninggal dunia antara pukul 7.30 hingga 8 pagi.

"Jep beritahu saya yang dia cuba kejutkan Jimmy bangun tapi dia tak bergerak dan tidak bernyawa," kata Mahadi ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Mahadi, Jimmy dan ahli kumpulannya membuat persembahan di Batu Pahat pada malam sebelum kejadian namun tidak menyangka itu adalah untuk kali terakhir mereka bersama.

Malah, Jimmy tidak menunjukkan sebarang tanda sakit dan membuat persembahan dengan baik pada malam itu.

"Samudera ada persembahan di Rengit, Batu Pahat. Tak sangka itu adalah untuk kali terakhir buat Jimmy.

"Malam dia buat persembahan itu nampak baik sahaja. Tak ada tanda-tanda dia sakit. Tapi dah ajal, Allah lebih sayangkan dia," ujarnya.

Mahadi memberitahu Jimmy tidak mempunyai penyakit dan doktor masih belum mengenal pasti punca kematiannya.

Allahyarham mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

Samudera adalah salah sebuah kumpulan rock yang terkenal di tahun 90-an dan antara lagu popular mereka berjudul Sungguh Tak Ku Sangka, Airmata Dewiku dan Mekar Dijiwa.

Related Posts:

  • Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantangnews @mstar Isteri Jimmy Sedia Tinggal Serumah Lepas Pantang Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh memberitahu, dia kini sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menarik semula permohonan nusyuz dan kembali t… Read More
  • Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isterinews @mStar Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isteri SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinan… Read More
  • Kemelut Rumah Tangga, Jimmy Ajak Peminat BerdoaNews @ MstarPETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh,30, enggan mengulas mengenai ikatan perkahwinan yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, yang dikatakan semakin rapuh apabila dia dilihat muncul d… Read More
  • Jimmy Shanley Fail Nusyuznews @mStar Jimmy Shanley Fail Nusyuz SHAH ALAM: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh menyifatkan tindakan dia memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz adalah disebabkan anak yang dikandung isterinya, Nursuhaila Eli… Read More
  • Photo: Anak Jimmy Shanley, Zahrah ShanleyPhoto: Anak Jimmy Shanley, Zahrah ShanleyTahniah kepada Jimmy Shanley.. Dalam kekalutan rumahtangga, kelahiran Zahrah Shanley sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang duka. Rahmat daripada Allah datang tidak diduga. Semog… Read More

0 comments:

Post a Comment