Monday, March 24, 2014

"Life In Color" 2014 dibatalkan


Pihak penganjur konser "Life In Color" yang akan berlangsung pada 19 April depan telah dibatalkan bagi menghormati rakyat dan negara ini berikutan insiden menyedihkan yang berlaku minggu lalu.

Pembatalan konsert tersebut telah diumumkan pihak penganjur menerusi laman sosial Facebook Futrure Sound Asia dan Zouk Kuala Lumpur.

"Pihak Future Sound Asia dan Zouk KL memohon maaf kepada para peminat berikutan pembatalan konsert "Life In Color".

"Life In Color" merupakan parti cat terbesar negara telah dibantah oleh orang ramai yang mendakwa konsert tersebut tidak menghormati sensitiviti rakyat negara ini yang sedang berduka ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, dan juga bimbang insiden yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lalu berulang apabila enam maut selepas mengambil dadah secara berlebihan.

Source: Tupai

0 comments:

Post a Comment