Friday, March 14, 2014

Aidid Marcello Tinggalkan TV3 ?


Personaliti TV3 Aidid Marcello mengakui keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai Penerbit Ekskutif di stesen berkenaan berkuatkuasa Isnin depan adalah sukar.

Aidid bagaimanapun berkata, keputusan itu adalah sesuatu perlu dilakukan kerana ingin memberikan perhatian kepada syarikat produksinya sendiri iaitu Mindquest Productions yang mula beroperasi secara rasmi sejak beberapa bulan lalu.

"Harus saya akui berat dan sukar untuk saya membuat keputusan meninggalkan kerjaya di TV3 tetapi ia adalah sesuatu yang harus saya lakukan demi masa depan.

"Bagaimanapun ini adalah satu peralihan dalam karier saya ke tahap lebih tinggi dan berharap dapat mengembangkan lagi kerjaya saya dalam bidang penyiaran," katanya kepada mStar Online.

Aidid ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu.

Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani.

Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.

Dalam perkembangan sama, Aidid berkata, faktor usia dan keluarga turut menyumbang kepada keputusan tersebut dan apa yang dilakukannya adalah demi anak-anaknya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment