Friday, January 28, 2011

Yuna dan Blogger Boy

news @Kosmo

Yuna dan Blogger Boy

Yuna dan Qi bercintaPUAS dia bersembunyi dengan teki-teki sebenarnya, biarpun pada awal tahun ini dia sudah seakan-akan mengiakan kepada pihak media akan hubungan cintanya itu. Namun kelmarin, Yuna akhirnya secara rasmi mengakui hakikat bahawa pengacara dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi merupakan insan yang paling istimewa dalam hidupnya.

Sinar kegembiraan jelas terpancar pada seraut wajah gadis manis itu ketika bertentang mata dengannya di Restoran Spasso Milano, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, kelmarin.
Menyedari ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama jejaka berusia 34 tahun itu, Yuna, 25, bukan mahu menafikan fakta tersebut, namun jujur dia mengakui tidak selesa untuk berkongsi cerita berkenaan perkara itu memandangkan antara mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi.

"Kami memang sangat rapat dan saya memang tak berapa selesa nak cerita sangat kerana kami masih dalam proses mengenali. "Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa depan jadi sebab itu saya takut nak bercerita dan saya juga perlu menjaga nama baik keluarga kami berdua," tutur Yuna yang menyambung kontrak sebagai duta tuala wanita Libresse untuk tahun kedua. more news / previous news

0 comments:

Post a Comment