Tuesday, October 21, 2014

#AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 8

Malam 26 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke7. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Berikut merupakan senarai lagu yang akan disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu ke-8.



Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 8




Konsert #AF2014 Minggu Ke-8.
Tema: Pilihan Media

1. Azwan : Cinta Nusantara (Sheqal)
2. Zarif : Romancinta (Mojo)
3. Nina: rescue (Yuna)
4. Nuha : Kisah Dongeng (Stacy)
5. Firman : She's Gone (SteelHeart)
6. Ewal : Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
7. Aman : Kasih Latifah (Spider)

#AF2014 Konsert ke 7: Ramai Tak Puas Hati Adel Tersingkir

Konsert minggu ketujuh #AF2014 yang bertemakan Remy dan Sally telah pun berlangsung dengan jayanya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu.

Lapan pelajar #AF2014  iaitu Adel, Firman, Ewal, Zarif,  Azwan, Aman, Nuha dan Nina telah menunjukkan prestasi serta penigkatan yang baik dari minggu ke minggu.

Namun penyingkiran pelajar yang sering memberikan persembahan konsisten setiap kali konsert iaitu Adel telah mengundang pelbagai reaksi yang rata-ratanya menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Bagaimanapun, konsert ketujuh #AF2014 telah melakar banyak kisah-kisah menarik sama ada di depan mahu pun di belakag tabir.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi kisah atau kejadian yang berlaku sepanjang konsert ketujuh berlangsung yang mungkin penonton setia Akademi Fantasia terlepas pandang.

- Konsert bertemakan Sally dan Remy berlangsung dengan meriah malah pengacara dan tenaga pengajar memakai pakaian mengikut tema.

- Kehadiran penyanyi Aweera menarik perhatian ramai dan peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.

- Sebelum konsert tribut kepada penyanyi lagenda negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma dimulakan, kesemua hadirin yang hadir di auditorium sedekahkan bacaan Al-Fatihah.

- Penonton asyik memuji kreativiti team produksi menghias set pentas dengan cantik dan klasik.

- Primadona Erra Fazira yang hadir sebagai juri jemputan telah mencuri tumpuan penonton sebaik sahaja dia berdiri di atas pentas dan berjalan dengan gaya ala  'catwalk' ke tempat juri.





Primadona Erra Fazira anggun dan menawan dalam busana serba hitam




- Penampilan menawan Erra Fazira yang mengenakan busana hitam menyerlahkan lagi keanggunannya.

- Ramai yang menyukai persembahan pembukaan konsert ketujuh #AF2014 yang di mulakan dengan juara dan naib juara Kilauan Emas 4 Arip dan juga Zain serta penyanyi Nurul Depp.

- Bekas pelajar #AF2013 Faizul dan Azhael turut hadir memberi sokongan kepada pelajar junior mereka.

- Gaya dan juga keletah lucu pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail menghidupkan lagu suasana konsert #AF2014.

- Kehadiran Musli Ramli dalam salah satu sketsa pelajar #AF2014 berjaya membuatkan penonton di auditorium ketawa tidak kering gusi dengan lakonannya yang bersahaja.

- Firman tampil lebih kemas dengan rambut baru dan ramai yang memuji pelajar yang berasal dari Sabah itu nampak lebih kacak.



Firman diusik Zizan dan Faizal kerana penampilannya yang lebih segar



- Sebaik sahaja Erra Muncul memperkenalkan diri di atas pentas, para pelajar #AF2014 seolah-olah terpegun dengan kecantikannya malah ada diantara mereka tidak mengalihkan pandangan sehinggalah primadona itu mengambil tempat di kerusi juri.

- Dalam salah satu babak sketsa antara Adel dan Firman, saat mendebarkan berlaku apabila Firman tidak perasan dan terpijak kain Adel. Secara kebetulan pula Adel berdiri dan bersiap sedia untuk berjalan ke tengah pentas membuatkan penonton di auditorium bimbang dan terus menjerit nama Firman. Nasib menyebelahi Adel, Firman perasan lalu  mengalihan kakiknya. (Fuh kalau tak mesti Adel dah terjatuh).

- Sewaktu Aman berdiri di bersama pengacara #AF2014, ahli keluarga berteriak memanggil namanya berkali-kali dengan kuat namum Aman tidak dengar.

- Nuha diusik Zizan kerana memakai kasut tumit tinggi. 

- Kemeriahan tema Remy dan Sally semakin hanagt dirasai semasa persembahan Zarif yang menyampaikan lagu 'Ya Habibi Ali Baba' apabila peminat Zarif menari gaya tarian dalam filem tersebut.





Penyokong Zarif yang cukup sporting hadir memberikan sokongan dengan mengenakan pakaian ala-ala penyamun.







- Penonton dan juri terpukau dengan persembahan Ewal.

- Peminat Zarif tidak dapat mengawal perasaan apabila tiba masa untik Zarif diberikan kritikan sehingga Zarif sendiri terpaksa menenangkan mereka dengan berkata 'Ai diam daaaa' dan disambut dengan ketawa oleh peminatnya. (comel je Zarif dengan dialog ala-ala P.Ramlee)

- Sebaik sahaja nama Ewal dan Adel di sebut sebagai pelajar yang berada di tangga terbawah sewaktu peringkat penyingkiran, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati.

- Nama Adel diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di minggu ketujuh telah mengejutkan ramai pihak malah tenaga pengajar dan pengacara juga tidak percaya.

- Ramai yang menjangkakan Nina adalah pelajar yang sepatutnya tersingkir pada malam tersebut.

- Adel dengan tenang menerima keputusan penyingkiran dan berterima kasih kepada pengundi.

Sumber: AstroGempak

Monday, October 20, 2014

AF2014: Adel tersingkir pada konsert #AF2014 ke7

Keputusan yang mengejutkan berlaku di Konsert ketujuh #AF2014 yang berlangsung sebentar tadi apabila nama Adel diumumkan sebagai pelajar kelima tersingkir selepas Wawa, Farez, Muna dan Ziha.

Mana tidaknya, Adel yang selama ini sering menunjukkan persembahan yang baik dan merupakan antrara pelajar yang dijangka akan ke peringkat akhir #AF2014.

Pelajar yang berasal dari Sabah ini terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi di peringkat akhir setelah mendapat undian terendah sebanyak 11.2%.

Dengan bertemakan ‘Remy & Sally’, Adel telah menyampaikan lagu berjudul ‘Jelingan Manja’ nyanyian asal Allahyarham Puan Sri Saloma.

Selain itu, buat pertama kalinya pelajar berbakat besar dans erring menunjukkan kehebatan di pentas #AF2014 iaitu Ewal telah menduduki tangga tiga terbawah dengan peratusan undian sebanyak 11.4% diikuti dengan Nina 11.5%.

Konsert minggu ketujuh #AF2014 dimeriahkan lagi dengan persembahan pembukaan oleh juara dan naib juara Kilauan Emas 4 iaitu Arip dan Zain.

Tidak lupa juga persembahan menarik dan istimewa gabungan suara merdu dari kumpulan’The Lomas’ yang dianggotai oleh bekas pelajar AF2013 iaitu Nabila, Amira, Aisyah dan Indah dengan lagu berjudul ‘Bila Larut Malam’.

Dalam pada itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar minggu ketujuh ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala primadona Erra Fazira selaku juri jemputan.

Dengan penyingkiran Adel itu, kini tinggal tujuh lagi bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Untuk maklumat lanjut seperti berita terkini, gambar dan video menarik #AF2014, sila layariwww.af.com.my  atau tekan butang merah 'R' di alat kawalan jauh anda.

Sumber: AstroGempak

Tuesday, October 14, 2014

Farez #AF2014 Tidak Perlu Cepat Melatah – Dato’ Hattan

Pengetua #AF2014 Dato’ Hattan menasihati supaya para pelajar yang tersingkir tidak perlu terlalu kecewa dan cepat melatah selepas tersingkir dari Akademi Fantasia 2014.

Dato’ Hattan berkata demikian susulan daripada luahan hati oleh Farez #AF2014 yang tersingkir di minggu ketiga di mana dia telah meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap penyingkirannya melalui Twitter.

“Pada mulanya saya tak tahu tentang perkara tersebut kemudian isteri saya yang beritahu saya… Bagi saya Farez adalah pelajar yang baik cuma dia perlu menerima hakikat bahawa ini adalah program realiti.

“Selain Farez, pelajar yang lain juga harus faham penyingkiran ini menggunakan konsep undian dan 100% adalah kehendak penonton, bukan keputusan juri", katanya ketika ditemui Astro Gempak selepas tamat konsert keenam Akademi Fantasia 2014 pada malam Ahad.

Tambah Dato’ Hattan lagi pelajar-pelajar #AF2014 yang tersingkir tidak perlu risau kerana pihak pengurusan Astro mempunyai pelbagai rancnagan yang akan dilakukan oelh kesemua pelajar ini selama 3 bulan.

“Bagi saya, mereka tidak perlu untuk terlalu beremosi, tentang Farez pula dia boleh telefon saya pada bila-bila masa dan saya boleh memberi cadangan dan juga pendapat kepada dia.

“Farez masih muda dan banyak lagi yang perlu dia belajar, apa yang penting jangan bertindak terlalu mengikut perasaan ataupun emosi.” jelasnya.

Dato’ Hattan juga turut menasihati Fatrez supaya tidak cepat putus asa dan sentiasa bersemangat untuk mencapai impian.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Sumber: Astro Gempak

Monday, October 13, 2014

#AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 7

Malam 19 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke7. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan Maya HD 135. Berikut merupakan senarai lagu yang akan disampaikan oleh bintang AF 2014 bagi konsert minggu ke-7.



Senarai lagu Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu 7


1. Firman - Jangan Tinggal Daku
2. Ewal - Jeritan Batinku
3. Azwan - Hanya DiKau
4. Zarif - Ya Habibi Ali Baba
5. Aman - Tiada Kata Secantik Bahasa
6. Nina - Itulah Sayang
7. Nuha - Engkau Laksana Bulan
8. Adel - Jelingan Manja

AF2014: Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam


Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad.

Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, 20 menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Shima, iaitu Luka Dilukai kurang mendapat undian penonton pada konsert kali ini.

Selain Ziha, Zarif  dan peserta ‘favourite’ AF2014, Nuha adalah antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah.

Keputusan penyingkiran pelajar yang berasal dari Johor itu diumumkan oleh dua pengacara AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.


Konsert yang bertemakan Rock ini turut mengundang penyanyi rock terkenal Awie serta komposer Edry Hashim sebagai juri jemputan bersama juri tetap, Datuk Ramli MS dan Raja Azura.

Turut memeriahkan konsert kali ini adalah kemunculan istimewa pemain gitar Man Keedal, penyanyi Ali XPDC dan kumpulan Kembara yang diterajui oleh Datuk M. Nasir.

Tinggal 8 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan merebut gelaran juara #AF2014 iaitu Adel, Nina, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan dan Zarif.

Sumber: AstroAwani

#AF2014: Ziha diumumkan tersingkir di konsert ke-6


Pelajar yang menduduki undian tercorot minggu ke 6 sempena tema rock:

1. Zarif
2. Ziha
3. Nuha

Pelajar yang tersingkir : ZIHA

Tuesday, October 7, 2014

Anuar Zain Tampil Bermisai Kerana Bosan Imej Kemas

Anuar Zain

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain mengakui cuba untuk tampil dengan imej terbaharu iaitu bermisai bagi menghilangkan rasa bosan terhadap penampilan kemasnya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, ia hanyalah sekadar suka-suka dan tidak melibatkan sebarang perjanjian kormersial.

"Imej bermisai ini hanya suka-suka sahaja sebab sudah lama saya berpenampilan kemas, saya nak tengok kelainan sebab kalau tengok muka sama setiap hari pun bosan.

"Namun tidak ada kena mengena dengan jadi mana-mana duta produk atau iklan," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, bercerita tentang kerjaya, Anuar berkata tahun ini merupakan antara tahun sibuk buat dirinya sebagai penyanyi.

Jelasnya, sepanjang tahun ini dia banyak menerima undangan nyanyian dan melakukan beberapa persembahan untuk beberapa acara hiburan.

"Tahun ini antara tahun paling sibuk buat saya sebagai penyanyi dengan banyak persembahan dan undangan nyanyian.

"Bagaimanapun, saya suka bila banyak kerja dan otak kita akan lebih banyak bergerak untuk menerima maklumat.

"Selain itu saya dapat jumpa dengan ramai orang daripada duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Anuar bakal mengadakan persembahan makan malam amal bersama Anuar Zain di The Majestic Hotel, dekat sini, pada 5 Disember depan bagi membantu kutipan dana untuk pesakit jantung di Institut Jantung Negara.
Sumber: Mstar

Emma Maembong Berpurdah Bukan Mahu Elak Diserbu Peminat

Emma Maembong

PETALING JAYA: Pelakon Emma Maembong berkata dia memakai purdah pada masa-masa tertentu mengikut keselesaannya pada ketika itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 22, bagaimanapun nafi berimej seperti itu di khalayak kerana mahu mengelak daripada diserbu peminat-peminatnya.

"Memang ada masanya saya berpurdah. Saja seronok nak cuba dan ia terpulang pada mood ketika itu.

"Saya tahu ada yang kata saya berpurdah kerana mahu elak daripada dikenali peminat. Taklah, mana ada. Memandangkan saya baru sahaja bertudung, jadi saya seronok mencuba pelbagai fesyen tudung untuk melihat kesesuaian," katanya kepada mStar Online.

Emma berkata demikian bagi mengulas dia kerap kelihatan berpurdah di tempat awam baru-baru ini.

Selain itu dia turut memuat naik beberapa keping gambar berpurdah ketika berada di kawasan umum di Instagram.
Emma Maembong mengakui berpurdah pada masa-masa tertentu.

Sementara itu, tambah Emma, walaupun dia berpurdah, ada juga beberapa peminat masih mengenalinya dan ingin bergambar bersama.

"Terkejut juga peminat datang menyapa 'Emma Maembong kan? Nak ambil gambar boleh?'. Kata mereka, saya boleh dikenali menerusi mata sahaja walaupun berpurdah," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja muncul menerusi drama Astana Cinta Aleesa menerusi saluan TV9 setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam.

Selain itu, Emma turut sibuk menjalani beberapa penggambaran drama lain.

Kata kekasih pelawak Zizan Razak itu, dia bersyukur, walaupun sudah bertudung sejak dua bulan lalu, dia masih lagi menerima tawaran lakonan seperti biasa.

"Selama ini saya fikir, jika bertudung, rezeki lakonan mungkin akan terbatas, tetapi Alhamdullilah, saya masih lagi mendapat pelbagai tawaran lakonan. Semoga rezeki lakonan ini berkekalan InsyaAllah.

"Dalam pada itu, perniagaan tudung saya iaitu Hijab by Emma Maembong turut mendapat sambutan. Ada juga merancang untuk perluaskan lagi perniagaan, tengok dulu macam mana," tuturnya.
Source: Mstar

"Anak Saya Tak Pernah Ke Kelab Malam" - Rozita Che Wan

Rozita bersama anaknya Ammar Effendy.

PETALING JAYA: Rozita Che Wan kecewa apabila dipersalahkan dan dituduh tidak pandai menjaga anak gara-gara kenyataan suaminya Zain Saidin yang mengizinkan anak pelakon wanita itu iaitu Ammar Effendy, 18, keluar ke kelab malam di sebuah laman blog.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, kenyataan tersebut telah dimanipulasi sehingga memperlihatkan dirinya sebagai gagal memberi didikan sempurna kepada anak-anaknya.
"Saya marah apabila orang menuduh dan salahkan saya tidak pandai jaga anak, padahal mereka tidak tahu susah senang saya sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak sendiri.

"Saya sudah beri didikan yang sebaik mungkin hingga dia berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menjadi pelajar terbaik di sekolah," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas luahan rasa kecewanya yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Ahad lalu tentang tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya.

Dia juga kecewa apabila ada pihak membandingkan anaknya dengan seorang remaja Ahmad Ammar yang mati syahid di Turki akhir tahun lalu.

Tegas Rozita, sebagai ibu kandung sudah tentu dia lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anaknya berbanding suaminya  yang juga bapa tiri kepada anak lelakinya itu.

"Mereka sepatutnya tanya saya kerana saya ibu dia jadi saya lebih tahu kemana anak-anak saya pergi. Namun itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu dan peduli tentang mereka," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang isu membenarkan anak ke kelab malam, Rozita sekali lagi menyangkal dakwaan tersebut, malah anak sulungnya itu tidak pernah pergi ke pusat-pusat hiburan tersebut.

"Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.

"Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan," ujarnya.
Selain Ammar Effendy, Rozita turut mempunyai  seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16.
Source: Mstar