Tuesday, October 7, 2014

"Anak Saya Tak Pernah Ke Kelab Malam" - Rozita Che Wan

Rozita bersama anaknya Ammar Effendy.

PETALING JAYA: Rozita Che Wan kecewa apabila dipersalahkan dan dituduh tidak pandai menjaga anak gara-gara kenyataan suaminya Zain Saidin yang mengizinkan anak pelakon wanita itu iaitu Ammar Effendy, 18, keluar ke kelab malam di sebuah laman blog.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, kenyataan tersebut telah dimanipulasi sehingga memperlihatkan dirinya sebagai gagal memberi didikan sempurna kepada anak-anaknya.
"Saya marah apabila orang menuduh dan salahkan saya tidak pandai jaga anak, padahal mereka tidak tahu susah senang saya sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak sendiri.

"Saya sudah beri didikan yang sebaik mungkin hingga dia berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menjadi pelajar terbaik di sekolah," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas luahan rasa kecewanya yang dimuat naik di laman sosial Instagram pada Ahad lalu tentang tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya.

Dia juga kecewa apabila ada pihak membandingkan anaknya dengan seorang remaja Ahmad Ammar yang mati syahid di Turki akhir tahun lalu.

Tegas Rozita, sebagai ibu kandung sudah tentu dia lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh anak-anaknya berbanding suaminya  yang juga bapa tiri kepada anak lelakinya itu.

"Mereka sepatutnya tanya saya kerana saya ibu dia jadi saya lebih tahu kemana anak-anak saya pergi. Namun itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu dan peduli tentang mereka," ujarnya.

Sementara itu, mengulas tentang isu membenarkan anak ke kelab malam, Rozita sekali lagi menyangkal dakwaan tersebut, malah anak sulungnya itu tidak pernah pergi ke pusat-pusat hiburan tersebut.

"Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.

"Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan," ujarnya.
Selain Ammar Effendy, Rozita turut mempunyai  seorang lagi anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16.
Source: Mstar

Related Posts:

  • Rozita Che Wan teruja hamil lagi! Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka. Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih … Read More
  • Rozita Che Wan Mungkin Mengandung ? Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung. Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak … Read More
  • Rozita Che Wan dan Fir AffandiGossip @manggaonline Rozita dengan siapa tu? Siapa di sebelah pelakon sensasi Rozita Che Wan tu? Ini bukanlah orang yang disebut-sebut ada hubungan dengannya? Jangan panik. Lelaki itu ialah seorang pelakon bar… Read More
  • Rozita Che Wan Masuk Hospitalnews @mStar Rozita Che Wan Masuk Hospital Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis. Sumber memberitahu mStar Online, … Read More
  • "Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias se… Read More

0 comments:

Post a Comment