Monday, October 6, 2014
Home »
af2014
,
af2014 result
,
akademi fantasia
,
akademi fantasia 2014
» #AF2014: Tiada penyingkiran di konsert kelima
#AF2014: Tiada penyingkiran di konsert kelima
Kejutan buat sembilan pelajar apabila pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014.
Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, Azwan, Adel, Nuha, Ziha dan Nina menarik nafas lega sebaik sahaja mendengar pengumuman tersebut.
Manakala keputusan undian pelajar-pelajar #AF2014 untuk minggu kelima itu dibawa ke minggu hadapan.
Tidak lengkap sekiranya program realiti Akademi Fantasia tanpa sebarang kejutan, oleh itu para pelajar #AF2014 sekali lagi diberi kejutan istimewa oleh pihak produksi apabila ibubapa mereka dijemput untuk naik ke pentas bagi bertemu anak-anak kesayangan mereka sempena Hari Raya Aidil Adha.
Dalam pada itu, konsert minggu kelima #AF2014 juga dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap terkenal iaitu Joe Flizzow dan Sonaone di pembukaan acara.
Juara dan naib juara Ceria Popstar Masya dan Iqbal juga turut hadir membuat persembahan sebelum tamatnya konsert kelima #AF2014.
Pelakon hebat Fauziah Nawi dan juga Que Haidar turut beraksi dipentas bersama pelajar-pelajar #AF2014.
Selain itu, tiga orang juri yang bertanggungjawab untuk memberi komen kepada para pelajar untuk minggu kelima ini ialah Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap manakala penyanyi Nash selaku juri jemputan.
Kesemua sembilan bintang #AF2014 akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.
Sumber: AstroAwani
Related Posts:
#AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 8 Malam 26 Oktober 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke7. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ria 104 dan M… Read More
#AF2014 Konsert ke 7: Ramai Tak Puas Hati Adel Tersingkir Konsert minggu ketujuh #AF2014 yang bertemakan Remy dan Sally telah pun berlangsung dengan jayanya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad lalu. Lapan pelajar #AF2014 iaitu Adel, Firman, Ewal, Zari… Read More
AF2014: Nina dan Zarif tersingkir pada konsert #AF2014 ke8 Impian dua pelajar #AF2014 Nina dan Zarif musnah apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert suku akhir yang berlangsung sebentar tadi. Nina Nadira Naharuddin atau Nina dan Muhd Zharif Mohd Kamil at… Read More
Saya Bukannya Kejam Tak Bagi Firman Hadiah! - Wak Doyok Ikon fesyen terkenal Wak Doyok dikecam hebat gara-gara pemberian hadiahnya kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman di konsert suku akhir Akademi Fantasia yang berlangsung pada Ahad. Tindakan Wak Doyok yang menyampaikan … Read More
AF2014:: Senarai Lagu AF 2014 Konsert Minggu 9: Separuh Akhir Malam 2 Nov 2014, bintang Akademi Fantasia (AF 2014) bakal membuat persembahan untuk konsert minggu ke9 - Separuh Akhir. Saksikan persembahan bintang Akademi Fantasia 2014 di kaca tv korang jam 9 malam di saluran Astro Ri… Read More
0 comments:
Post a Comment