Sunday, January 22, 2012

Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri

news @mStar

Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri

Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan. more

Saturday, January 21, 2012

Izwan Pilus meninggal dunia

Izwan Pilus meninggal dunia

Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka.

more

Monday, December 26, 2011

SOROTAN 2011: Perkahwinan Artis Malaysia


news @mStar

SOROTAN 2011: Perkahwinan Artis Malaysia


Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut:
  1. Ayu Raudhah-Zaquan Adha
  2. Sabrina Ali-Syed Amirul Syed Ahmad
  3. Siti Sarah-Shuib (Sepah)
  4. Farish Aziz-Zahrah
  5. Noh (Hujan)-Mizz Nina
  6. Tomok-Ayu
  7. Nabil (Raja Lawak)-Nazirah
  8. Zed Zaidi-Natalia Mustafa Kamal
  9. Fazren Rafi-Syarifah Marlina
  10. Faezah Elai-Heykal Hanafiah
  11. Fedtri Yahya-Nurul Anati Ismail
  12. Eira Syazira-Azad Jasmin
  13. Ana Dahlia-Chef Riz
  14. Memey Suhaiza-Norman Hakim
  15. Dira Abu Zahar-Helmi Yusof
  16. Zahiril Adzim-Shera Aiyob
  17. Ashraf Muslim-Noor Dayana
  18. Nurul (AF2)- Mohd Munzil Muhamad

berita penuh

Asmidar Juara Pertama Vokal TV3

news @mStar

Asmidar Juara Pertama Vokal TV3

Dengan memperoleh markah penuh sebanyak 70 peratus, peserta Asmidar atau nama penuhnya, Norhasmidar Ahmad, 25, berjaya meraih gelaran juara musim pertama program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa (Vokal) malam Ahad yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, disini.

Kemenangan Asmidar yang dikatakan mempunyai cara nyanyian yang versatil oleh juri, Azmeer, Erra fazira dan Ziana Zain sekaligus melayakkan wanita kelahiran Kuala Lumpur itu membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta sebuah trofi. more

Saturday, December 24, 2011

Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012

Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012

Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.