news @mStar
Ally Iskandar & Nurfarahin Akhirnya Bergelar Suami Isteri
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.
Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.
Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan. more
Related Posts:
Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini
Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.
Menurut Yus, dia memilih tarikh pada h… Read More
Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali
Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta.
Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang menca… Read More
Ruminah Sidek kini jadi tunangan orang
Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan nama Mak Mah kini telah pun bergelar tunangan orang. Tunangan ibu kepada Adlin Aman Ramli ini dikatakan seorang peneroka Felda. Majlis pertunangan secara ringkas tersebut telah ber… Read More
Hans Isaac Buat Keputusan Kahwin Hujung Tahun
Pelakon Hans Isaac telah membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dan bakal mengumumkan berita baik itu hujang tahun ini. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 48, mengakui dia kini sedang menjalani k… Read More
Rumahtangga Adam AF2 dikatakan goyah ?
Penyanyi dan pelakon Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman enggan mengulas panjang tentang dakwaan mengenai keretakan rumahtangganya.
Malah dia memohon supaya diberikan sedikit masa sebelum dia mengumumkan kedud… Read More
0 comments:
Post a Comment