Friday, November 25, 2011

Lee Dong Wook and Sexy Body

gossip @murai
Lee Dong Wook and Sexy Body

Selepas berlakon drama Korea Selatan kesukaan ramai, My Girl pada tahun 2005, nama pelakon kacak Lee Dong Wook, 30 terus dikenali ramai
Dong Wook turut menjadi bintang Korea Selatan pilihan untuk membintangi filem bukan saja dterbitkan penerbit Korea Selatan tetapi dari Hollywood.

Menyentuh mengenai persona yang ada pada Dong Wook, diawal pembabitannya sebagai pelakon, Dong Wook tidak seperti pelakon lelaki Korea Selatan lain yang mempunyai tubuh sasa.
more

Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

news @mStar

Ustazah Pilihan: Air Mata Gembira Iringi Empat Finalis Ke Pentas Akhir

KUALA LUMPUR: Selepas menjalani pelbagai cabaran dan tugasan selama lapan minggu, empat peserta program pencarian Ustazah Pilihan (UP) di peringkat separuh akhir, malam Khamis, akhirnya mampu menarik nafas lega apabila diumumkan mara ke pentas akhir pada 1 Disember depan.

Empat finalis tersebut adalah Masfira Hilman (Fira), Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz), Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) dan Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti).
Pentas akhir UP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 1 Disember depan, pukul 9 malam dan juga secara langsung di Astro Oasis (saluran 106). Ia dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani.

Anuar Zain Janggal terima trofi daripada Yuna

news @hmetro

Trofi milik Anuar Zain

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.

Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.

Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.


Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

Thursday, November 24, 2011

Trofi Yuna Untuk Anugerah AIM Ditarik Balik

Trofi Yuna Untuk Anugerah AIM Ditarik Balik

Trofi yang dimenangi oleh penyanyi Yuna untuk kategori lagu terbaik telah ditarik balik oleh pihak AIM. Kategori itu sebelum ini dimenangi oleh Yuna dengan lagu Penakut. Namun kontreversi berlaku apabila lagu tersebut tidak menang kategori lagu terbaik dalam kategori Lagu Pop terbaik.

Sebaliknya, Lagu Pop Terbaik yang turut menyenaraikan lagu Penakut, telah dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih. Lagu itu dicipta oleh Edry Abdul Halim dan dinyanyikan oleh Anuar Zain. Menurut penganjur juga, terdapat salah pengiraan markah untuk kategori lagu terbaik keseluruhan. Namun penjelasan lanjut akan diberikan dalam sidang akhbar nanti.

Tuesday, November 22, 2011

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24

Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia 24

PEMENANG ANUGERAH GEMILANG PERDANA

Filem BoxOffice : KL Gangster
Skor Muzik Asal Terbaik : Edry Abd Halim – Hikayat Merong Mahawangsa
Pereka Kostum / Busana Terbaik : Filem Hikayat Merong Mahawangsa – Rosada Abdul Hamid
Penyunting Terbaik : Syamsul Yusof – KL Gangster
Penataan Bunyi Terbaik : Hisham Jufri – Filem KL Gangster
Cerita Asal Terbaik : Martias Mohd Ali – Filem Libas
Lakon Layar Terbaik : Syamsul Yusof – Filem KL Gangster
Sinematografi Terbaik : Mohd Noor Mohd Kassim – Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Penataan Seni Terbaik : Anuar Paharuddin & Keck Tim Lim- Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Faezah Ilai – Filem CUN
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Shofi Jikan – KL Gangster
Pelakon Wanita Terbaik : Siti Shahriza (Eja) – Janin
Pelakon Lelaki Terbaik : Shaheizy Sam
Pengarah Filem Terbaik : Syamsul Yusof
Filem Terbaik : Hikayat Merong Mahawangsa

PEMENANG ANUGERAH PERDANA KHAS

Filem Pilihan Penonton Astro Melalui SMS : Kongsi
Pencapaian Gemilang : Michelle Yeoh
Pencapaian Sepanjang Hayat : YB Tan Sri Dato Dr Jins Shamsuddin

ANUGERAH KHAS JURI

Anugerah Juri Bintang Wayang FFM24 : Sidek Hussien.
Anugerah Khas Juri Filem : Libas arahan Jurey Latif yg juga presiden GAFIM
Anugerah Khas Juri Pelakon Komedi Terbaik FFM24 : Allahyarham Zami Ismail
Anugerah Khas Juri Filem Genre Mistik Terbaik FFM24 : Filem Janin

Monday, November 21, 2011

Tahniah Harimau Malaya !! Mengekalkan Emas Sukan Sea 26

news @hmetro

Sukan SEA: Malaysia menang emas acara bola sepak

JAKARTA: Skuad bimbingan Ong Kim Swee mempamerkan aksi membanggakan Malaysia apabila mempertahankan 'ibu pingat emas' apabila menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno.

Kejayaan Harimau Muda itu melengkapkan pingat emas ke-59 kontinjen negara di Sukan Sea ke-26.

Saturday, November 5, 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

Kategori Filem

Filem Terbaik: Magika

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)

Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)

Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sanggul Beracun

Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)

Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik: Sanggul Beracun

Drama Rantaian Terbaik: Juvana

Drama Komedi Terbaik: Geng Surau

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika

Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah

Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show

Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.

Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.

Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

Monday, October 10, 2011

Duta Antabax, Ziana Zain di promosi kesihatan kebangsaan 2011


Duta Antabax, Ziana Zain di promosi kesihatan kebangsaan 2011

TIMBALAN Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Rashid Shirlin (kanan), Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Abdul Jabar Ahmad (dua dari kiri) dan Duta Antabax, Ziana Zain (kiri) menunjukkan cara-cara membasuh tangan dengan betul sempena Tangan Bersih Rakyat 1Malaysia Sihat di majlis pelancaran persidangan promosi kesihatan kebangsaan 2011 di Kuala Lumpur, hari ini.
more

Joel Juarai 'The Perfect Gentleman'

news @mStar

Joel Juarai 'The Perfect Gentleman'

Joel Sih Yong, 30, dinobatkan sebagai juara The Perfect Gentleman yang disiarkan secara langsung di ntv7 pukul 6 petang dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pemuda berasal dari Klang ini telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM80,000.

Sementara John Lee Jun Yun, 19, berasal dari Sabah memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai dan hadiah berjumlah lebih RM50,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Jake You, 24, yang turut menerima wang tunai dan hadiah sebanyak RM30,000.

Bagi dua anugerah istimewa iaitu gelaran Peserta Paling Fotogenik dimenangi oleh John Lee manakala Peserta Paling Popular dinobatkan kepada Chong Kong Jie, 21, dan masing-masing menerima wang tunai RM2,000 seorang. more

more on him