Monday, October 10, 2011

Joel Juarai 'The Perfect Gentleman'

news @mStar

Joel Juarai 'The Perfect Gentleman'

Joel Sih Yong, 30, dinobatkan sebagai juara The Perfect Gentleman yang disiarkan secara langsung di ntv7 pukul 6 petang dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini.

Pemuda berasal dari Klang ini telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada RM80,000.

Sementara John Lee Jun Yun, 19, berasal dari Sabah memenangi tempat kedua dan menerima hadiah wang tunai dan hadiah berjumlah lebih RM50,000 manakala tempat ketiga disandang oleh Jake You, 24, yang turut menerima wang tunai dan hadiah sebanyak RM30,000.

Bagi dua anugerah istimewa iaitu gelaran Peserta Paling Fotogenik dimenangi oleh John Lee manakala Peserta Paling Popular dinobatkan kepada Chong Kong Jie, 21, dan masing-masing menerima wang tunai RM2,000 seorang. more

more on him


0 comments:

Post a Comment