Friday, February 4, 2011

Eva Pigpord - America's Next Top Model 3

Eva Pigpord - America's Next Top Model
Birth name Eva Marcille Pigford Other name(s) Eva the Diva, Eva Pigford, D-Eva, Eva Diva Date of birth October 30, 1984 (1984-10-30) (age 25) Place of birth Los Angeles, California Height 5 ft 6.5 in (1.69 m) Eye color Green Measurements 32-23-32 (US) Agency L.A Models Ford Models

Eva Marcille (born October 30, 1984) is an American actress, TV host and fashion model, who most recently played the role of Tyra Hamilton on the soap opera The Young and the Restless. She started her career by winning the third cycle of America's Next Top Model; she was the first African American contestant to win the program.

She was previously credited by her birth name, Eva Pigford. In an interview with B. Scott, she changed her name for acting purposes; Marcille is her middle name, an amalgam of "Marjorie" and "Lucille," her grandmothers' names.

Feel free visit me here





Posing artis Cina tahun baru cina 2011

RONA merah dan sampul angpau cukup berkait rapat dengan sambutan Tahun Baru Cina. Merah melambangkan keberanian, rezeki dan semangat selain menyerlah dalam banyak perkara.Perayaan kali ini disambut sempena Tahun Arnab. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, Tahun Baru Cina melambangkan permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Gambar artis selebriti popular Amber Chia, Suki Low dan pemilik butik barang kemas Rafflesia The Pearl Centre dan Mandalay, Winnie Sin.

Apa yang pasti, Winnie yang turut memiliki wajah cantik persis model tidak kekok untuk bergandingan dengan dua personaliti jelita itu. Uniknya bagi perayaan Tahun Baru Cina kali ini, ketiga-tiga selebriti turut memilih rona hijau yang dipercayai membawa maksud tersendiri.

Akim AF7 Buang Hadiah peminat?

Gossips @ManggaOnline

Akim AF7 Buang Hadiah peminat?

Akim AF7Cerita tentang keterlanjuran Akim yang melemparkan hadiah yang diberikan oleh peminatnya di negara jiran, Brunei menjadi satu khabar yang kurang enak di dengar oleh masyarakat Malaysia.

Seperti memperlihatkan tingkah laku yang kurang sopan, Akim juga dikatakan sudah dilarang melakukan persembahan di negara Darul Salam itu.

Jom kita ikuti apa kata Akim:

"Saya agak terkejut bila cerita saya membuang hadiah daripada peminat sewaktu mengadakan persembahan disana keluar di surat khabar baru-baru ini, sedangkan saya sudah setahun setengah tidak mengadakan persembahan disana.

"Ia sama sekali tidak benar, tak mungkin saya membuang hadiah yang peminat saya berikan kerana saya sangat menghargai setiap pemberian orang pada saya. more gossips

Thursday, February 3, 2011

Download Hantu Kak Limah Balik Rumah

Download Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Sinopsis
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Download? Yes, already there via mediafire. Jom download di website tersebut (DDMF) sekarang

Kredit:
DDMF

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

news @Kosmo

Donnie Yen jadi jurusolek lembut

IP Man, Hero Among Heroes, Seven Swords,  An Empress and the Warriors dan Bodyguard and AssassinsSERIUS, gagah, maskulin dan ganas! Itu karakter lelaki yang biasa dilakonkan aktor Donnie Yen menerusi filem-filem lakonannya termasuklah IP Man, Hero Among Heroes, Seven Swords, An Empress and the Warriors dan Bodyguard and Assassins.

Turut meraih perhatian peminat filem di peringkat antarabangsa menerusi skil mempertahankan diri yang kelihatan benar-benar hebat di layar perak, dia pernah bergandingan dengan nama-nama hebat filem aksi Hong Kong iaitu Jackie Chan, Jet Li dan Datuk Michelle Yeoh.

Sejak muncul menerusi filem sulung lakonannya, Miracle Fighters 2 pada tahun 1982, Donnie belum pernah melakonkan karakter komedi.

Namun, peminat fanatik Donnie, 48, pasti terkejut besar apabila berpeluang menonton filem terbaru lakonannya, All's Well Ends Well 2011 yang ditayangkan di pawagam di Malaysia bermula pada hari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.

Merupakan filem genre komedi pertama lakonannya, Donnie bukan sekadar perlu melakonkan karakter komedi, tetapi lebih mencabar dia menjelma sebagai Cheng Yue Keung, seorang lelaki lembut yang memiliki kerjaya sebagai seorang jurusolek! more news

Ameng Spring ditahan lagi

news @Kosmo

Ameng Spring ditahan lagi

MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang.

Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan.

Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang.

Happy Chinese New Year

Happy Chinese New Year to all Malaysian"The only way to spend New Year's Eve is either quietly with friends or in a brother. Otherwise when the evening ends and people pair off, someone is bound to be left in tears

Happy Chinese New Year to all Malaysian !

Wednesday, February 2, 2011

Bila Mentor 5 akan mula di tayangkan di TV3

Mentor 5 - Program realiti paling gempak di TV3, Mentor kini bakal kembali menghangatkan kaca televisyen anda dengan musim kelima.

Bila Mentor 5 akan mula di tayangkan di TV3?

Koncert mentor – bermula - 13 Feb 2011 jam 9.00 malam di TV3 ( Setiap Ahad )
Jurnal mentor – bermula – 27 Feb 2011 jam 7.00 malam ( Setiap Ahad )
Jurnal Protégé – bermula 28 Feb 2010 jam 7.28 malam ( setiap Isnin hingga Jumaat )


Previous news

Source:
Official facebook Mentor 5
TV3

Fernando Torres pemain termahal di England

news @Kosmo

Torres pemain termahal di England

Fernando TorresLONDON - Fernando Torres kini bergelar pemain termahal di England dan ketiga termahal di dunia setelah dia menyertai Chelsea dari Liverpool dengan harga £50 juta (RM245.5 juta) awal pagi semalam.

Penyerang Sepanyol itu telah menandatangani kontrak selama lima setengah tahun yang turut menjadikannya rekod perpindahan tertinggi di England.

Nilai perpindahan Torres itu menduduki tangga ketiga rekod perpindahan tertinggi di dunia di belakang Cristiano Ronaldo dan Kaka ketika mereka menyertai Real Madrid pada 2009.

Torres Liverpool footballManakala rekod perpindahan tertinggi di England sebelum ini dipegang penyerang Manchester City, Carlos Tevez ketika dia berhijrah dari Manchester United dengan harga £47 juta (RM230.8 juta) pada 2009. more news

Kutipan Khurafat cecah RM7 juta

news @bharian

Kutipan Khurafat cecah RM7 juta

2011/02/02
FILEM seram pertama terbitan Skop Production Sdn Bhd, Khurafat, terus menunjukkan persembahan memberangsangkan selepas tiga minggu tayangan apabila berjaya membuat kutipan kasar RM6.9 juta sehingga kelmarin. Angka berkenaan pula dijangka meningkat sehingga RM7.2 juta, sehingga hari ini.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam, berkata dia bersyukur kerana percubaan pertama Skop menghasilkan filem seram diterima ramai. Beliau ketika dihubungi menganggarkan Khurafat mampu mencecah antara RM7.5 juta sehingga RM8 juta apabila tamat tayangannya nanti. Bagaimanapun katanya, angka kutipan Khurafat akan terjejas sempena Tahun Baru Cina berikutan beberapa pawagam sudah pun menyatakan hasrat mereka mengurangkan jumlah tayangan filem itu, bagi memberikan laluan kepada filem baru.

“Alhamdulillah selepas tiga minggu ditayangkan, Khurafat berjaya memungut sekitar RM7 juta dan kita anggarkan angka itu akan meningkat lebih tinggi lagi. Namun sambutan Tahun Baru Cina akan menjejaskan kutipan filem ini berikutan pempamer mahu mengurangkan jumlah tayangannya untuk memberi laluan kepada filem lain.

“Contohnya di Ipoh, pempamer terpaksa mengeluarkan filem ini, tetapi mereka berjanji untuk menyelitkan beberapa sesi tayangan jika boleh. Daripada enam tayangan sehari yang mampu mengutip antara RM12,000 hingga RM13,000, mereka mungkin akan berikan dua slot tayangan untuk filem ini. Secara keseluruhannya, kita akan kekurangan separuh daripada kutipan yang mampu dipungut.

“Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana tidak menyangka Khurafat boleh mencecah kutipan setinggi ini. Malah lebih tinggi daripada sejarah yang pernah dicetuskan Skop Production sejak 16 tahun lalu, menerusi filem Sembilu, yang mencatat RM6.3 juta selama 40 hari ditayangkan,” katanya.

Sembilu yang dibintangi Erra Fazira, Awie, Ziana Zain dan Mustapha Kamal menemui peminat filem Melayu pada 1995. Filem berkisar percintaan penyanyi rock itu mencatat sejarah apabila menjadi filem pertama di negara ini berjaya mengutip RM6.3 juta, menyebabkan penerbit itu sendiri digelar Six Million Dollar Man. Biarpun menyedari filem seram mampu memberi pulangan lumayan, namun Yusof berkata, beliau enggan terburu-buru untuk terus menghasilkan filem bergenre sama bagi meraih keuntungan segera.

“Syamsul ada menyatakan, dia tidak mahu tergopoh-gopoh menghasilkan filem seram lain. Selepas Khurafat, dia kini sibuk mengarahkan filem Bohsia 2: Jalan Kembali, malah saya sendiri kurang bersetuju apabila industri kita terlalu dilambakkan dengan cerita hantu. Mungkin kita hanya akan terbitkan pada penghujung tahun ini kerana Syamsul mempunyai beberapa filem lain yang perlu diselesaikan.

“Sebenarnya dia menghasilkan Khurafat atas dasar ingin mencuba. Pada mulanya dia sendiri was-was tetapi tak sangka pula filem ini mendapat sambutan serta komen yang baik daripada peminat dan juga media.

”Bagaimanapun dia ada menyatakan kepada saya, jika dia mahu hasilkan filem seram pun, mungkin dia ingin mencuba seram komedi seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dia terlalu meminati filem itu, lagipun seram komedi lebih mudah dihasilkan berbanding filem seram yang memerlukan banyak kajian dilakukan. Saya tidak kisah filem apa sekalipun yang mahu Syamsul hasilkan, tetapi kalau boleh biarlah mempunyai mesej,” katanya.

Sebagai bapa, Yusof sentiasa mengingatkan Syamsul supaya tidak mudah meninggi diri atau berasa dirinya hebat dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih. Baginya, kejayaan itu bukan miliknya seorang tetapi ia tidak akan dicapai tanpa kerja berpasukan.
Previous news