Thursday, April 24, 2014

Shila Amzah Buat Konsert Di Dua Negara


Buat julung kalinya, penyanyi Shila Amzah mengumumkan akan  mengadakan Konsert Cinta Shila Amzah yang akan berlangsung di Malaysia dan China.

Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia akan diadakan pada 13 September 2014 di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Manakala konsert untuk peminatnya di Shanghai, China akan diadakan lebih awal iaitu pada 16 Ogos 2014.

Dalam pada itu, konsert ini akan menggunakan sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thompson akan bertindak sebagai penerbit konsert dan Helen Yap pula dilantik menjadi pengarah muzik.

Berkonsepkan cinta, konsert ini dianjurkan oleh Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment dan peminat bakal dihiburkan dengan lagu-lagu bertemakan cinta dari album Shila Amzah dan lagu-lagu daripada penyanyi lain.

Tiket Konsert Cinta Shila Amzah bakal dijual tidak lama lagi dengan harga 1/VIP : RM268 3/PSI: RM138 4/PS2: RM88 (Harga tiket tidak mengandungi RM3 yuran pentadbiran).

Sumber: Media Hiburan

Wednesday, April 23, 2014

Kontroversi : Wardina Dengar Penjelasan Ustaz Don, Gantung Status FB

Keraguan pelakon Wardina Safiyyah mengenai kesahihan ceramah agama Ustaz Don yang dikatakan menggunakan hadis-hadis palsu terjawab apabila dia dapat bercakap dengan penceramah itu.

Wardina berkata, ustaz tersebut telah memberi penjelasan dan menjawab kemusykilan yang timbul selain dia juga turut meminta maaf terhadap isu berkenaan yang menjadi kontroversi.

"Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya.

"Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Wardina juga enggan mengulas secara terperinci apa yang dibualkan dengan ustaz berkenaan.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia mengambil pendekatan memohon maaf kepada Ustaz Don apabila banyak pihak mengehentamnya selepas dia bertindak berkongsi rakaman kompilasi video ceramah yang dikatakan mengaibkan ustaz tersebut.

Sementara itu, pelakon Spanar Jaya itu memberitahu dia tidak akan memuat naik sebarang status lagi dan menyerahkan pengendalian laman Facebook miliknya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang provoksi yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial itu yang boleh memburukan lagi keadaan.

"Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin," katanya.


Pada 16 April lalu, Wardina telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya dengan mempersoalkan kandungan ceramah Ustaz Don melalui video yang telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut disalah tafsir dan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pelayar laman sosial dengan menganggap Wardina cuba mengaibkan ustaz berkenaan.

Bagaimanapun Ustaz Don dalam reaksi balasnya menerusi rakaman video menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu fitnah apabila rakaman ceramahnya yang disebarkan itu merupakan kandungan yang sudah diedit.

Ustaz Don atau Don Daniyal  merupakan hos bagi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah

Sumber: Mstar

Fesyen bertudung Rebecca Nur Al Islam di Kecam?

Umum mengetahui pelakon terkenal, Rabecca Nur Al Islam telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa bulan lalu selepas mendapat hidayah.

Bagaimanapun, penampilan beliau ketika menghadiri sebuah majlis sambutan hari lahir seorang rakan di sebuah hotel terkemuka ibu negara mengundang kejutan para peminat di laman Instagram Rabecca. Ini kerana busana yang dikenakan pelakon itu seakan tidak sesuai dengan imej bertudungnya.

Susulan itu, peminat mula meninggalkan komen-komen berbentuk teguran dan sindiran kepada Rabecca sehingga ada yang menyamakan penampilan beliau tidak ubah seperti watak kartun Teletubbies.



Fiza Elite Sah Failkan Permohonan Cerai


Khabar keretakan rumah tangga pelakon Fiza Halim dan penyanyi Adam AF akhirnya terjawab apabila kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Menurut sumber, Fiza sudah memfailkan permohonan cerainya di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Cubaan Harian Metro mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adam dan FIza gagal berikutan kedua-duanya tidak dapat dihubungi selepas mereka dipercayai mematikan telefon bimbit masing-masing.
Harian Metro hari ini melaporkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, memberi bayangan menerusi luahan di Instagram semalam mengenai rumah tangga mereka yang bergolak.

Sebaliknya, Adam atau Mohd Aizam Mat Saman, 31, mengaku bahawa rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik tetapi enggan mengulas lanjut.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan. -hmetro

Ruminah Sidek kini jadi tunangan orang


Ruminah Sidek atau lebih dikenali dengan nama Mak Mah kini telah pun bergelar tunangan orang. Tunangan ibu kepada Adlin Aman Ramli ini dikatakan seorang peneroka Felda. Majlis pertunangan secara ringkas tersebut telah berlangsung pada 20 April yang lalu. Kalau tak silap, umur Mak Mah adalah sekitar 68 tahun.


Tuesday, April 22, 2014

'Selfie' James Franco Di Bilik Tidur Paling Dapat Perhatian


PELAKON kacak James Franco mengakui dia menggunakan gambar 'selfie' yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram miliknya bagi menarik lebih ramai pengikut di laman sosial itu.

Menerusi akaun jamesfrancotv, pelakon filem This Is The End itu sudah memiliki dua juta pengikut dan angka itu terus meningkat setiap kali dia memuat naik 'selfie' terbaharunya.

"Saya akan mengikut 5,000 akaun Instagram peminat sekiranya jumlah pengikut saya mencapai lima juta," katanya seperti dilaporkan E Online.

James memuat naik 'selfie' ketika dia sedang membaca buku.
Gambar-gambar James mendapat perhatian apabila dia kerap memuat naik aksi selfie yang lucu dan mempamerkan tubuh badannya kepada peminat.

Malah 'selfie' James ketika berada di bilik tidur paling mendapat perhatian setiap kali dia memuat naik ke laman sosial itu.

Dalam pada itu, James berkata, 'selfie' membuatkan hidupnya gembira dan pada sama dapat berkongsi momen dalam hidupnya dengan para peminat.

Sumber: Mstar

Britney Spears & David Lucado : Bapa Tidak Restu

Britney Spears & David Lucado
Britney Spears & David Lucado

BAPA kepada Britney Spears iaitu Jamie tidak merestui hubungan anaknya dengan David Lucado biarpun pasangan itu dikhabarkan akan berkahwin dalam masa terdekat.

Daily Mail melaporkan, Jamie gagal mempercayai lelaki tersebut kerana dia tidak yakin David dapat menjaga Britney dengan baik selain bimbang dia hanya mahu berkahwin dengan anaknya kerana wang.

"Britney dan David sedang dilamun cinta tetapi bapanya tidak senang dengan hubungan tersebut," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Penyanyi lagu Toxic itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Sean, 8, dan Jayden, 7, tahun hasil hubungannya dengan bekas suami, Kevin Federline.

Pasangan itu berkahwin pada September 2004 dan bercerai tiga tahun kemudian. Britney membayar USD20,000 (RM60,000) kepada Kevin setiap bulan sebagai nafkah anak-anak mereka.

Jamie kekal bertindak sebagai penasihat kewangannya sejak beberapa tahun lalu.

"Bapanya tidak mahu kejadian sama berlaku selepas anaknya bercerai dengan Kevin dan dia benar-benar mahu menyelamatkan wang dan harta anaknya.

"Sebab itu Jamie lebih senang Britney kekal solo tanpa mana-mana lelaki mendekatinya kerana dia tidak tahu niat sebenar mereka," kata sumber itu lagi.

Penyanyi itu sebelum ini memutuskan pertunangannya dengan Jason Trawick pada Januari tahun lalu dan dilaporkan mahu berkahwin dengan David.

Sumber: Mstar

Cinta Enrique Iglesias & Anna Kournikova Belum Dapat Restu Bapa


SELAMA 12 tahun menjalinkan hubungan cinta, pastinya banyak perkara yang dilalui Enrique Iglesias dan Anna Kournikova.

Bagaimanapun, menurut Dailymail, perkara penting yang sepatutnya dilakukan mereka iaitu memohon restu daripada keluarga rupa-rupanya masih belum dibuat oleh pasangan itu.

Enrique sehingga kini masih belum memperkenalkan Anna kepada bapanya, Julio Iglesias, sedangkan mereka sudah bertahun-tahun tinggal bersama.

“Pada 14 hingga 15 tahun terakhir dalam hidup, masa itu banyak dihabiskan dengan kerja. Saya tiada alasan kenapa tidak membawa Anna berjumpa dengan keluarga. Bukan salah dia dan juga bukan salah saya,” jelasnya.

Terdahulu, Julio pernah mendedahkan bahawa dia tidak pernah bertemu dengan Anna. Namun isteri dan anak-anaknya yang lain pernah berjumpa dengan bekas pemain tenis itu.

Sumber: Mstar

Video: See how Seth Rogen deals with #BadNeighbours like Zac Efron.

Think you've got #BadNeighbours? Wait till you live next to Zac Efron.

What would you do if you had crazy neighbours like this? Watch Seth Rogen try to take down, Zac Efron the frat next door in '#BadNeighours'. Click for details


Join ‪#‎BadNeighbours‬ contest on Instagram now! Details here


Gwen Stefani Ganti Christina Aguilera Sebagai Juri 'The Voice'


PENYANYI Gwen Stefani dilaporkan bakal menggantikan tempat Christina Aguilera sebagai juri dalam program realiti The Voice musim ketujuh.

Daily Mail melaporkan vokalis utama kumpulan No Doubt itu diintai pihak penerbit rancangan itu selepas Christina mengumumkan dia tidak akan kembali pada musim terbaharu The Voice.

Keputusan itu dibuat Christina selepas dia mengesahkan sedang hamil anak keduanya.

"Pihak NBC mahu Christina kekal sebagai juri biarpun dia sedang mengandung tetapi penyanyi itu mahu menumpukan perhatian kepada kandungannya dan ingin berehat," kata sumber.

Gwen dijangka memulakan tugasnya sebagai juri musim ketujuh yang akan bermula pada Jun depan.

Dalam pada itu, Gwen dikhabarkan masih meneliti kontrak yang diberikan kepadanya sebelum membuat keputusan muktamad menyertai The Voice.

Sumber: Mstar