Tuesday, February 25, 2014

Dayang Nurfaizah & Marcell Di Istana Budaya

Selepas dihiburkan dengan persembahan Afgan pada 28 Mac, Istana Budaya sekali lagi digegarkan dengan persembahan dua nama besar iaitu Dayang Nurfaizah dan penyanyi Indonesia, Marcell dalam konsert 'Marcell & Dayang Pesona Cinta' pada 29 Mac 2014.

Dalam persembahan yang memakan masa selama dua jam ini, Dayang dan Marcell tentunya bakal meghiburkan peminat dengan deretan lagu popular masing-masing.

Tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450 dan RM550 boleh dibeli dengan melayari www.jagtickets.com. Kepada peminat setia Dayang dan marcell, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Marcell & Dayang Pesona Cinta

source: mediahiburan

Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad

Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini.

Terkini, pelakon Ezany Nizariff tampil memberikan pandangan berhubung perkara ini. Menerusi status di akaun Facebooknya, Ezany memuji sikap Sharnaaz yang dikenali begitu berterus terang dalam sesuatu hal.

"Pelakon Shahnaz yg sy kenal,seorang yg hormat pelakon senior,sopan n sentiasa beri kerjasama.mungkin klu timbul isu mengenai beliau,kerana beliau bukan plastik yg bercakap belakang.tetapi akan terus kedepan dan bertanya.mungkin pihak lain tak suka dgn cara beliau.bagi saya beliau tidak plastic.steady bro!" tulisnya.

Baca artikel berkaitan

Source: MediaHiburan

Lagi Ulasan Konsert Teaterikal Suara Kita


Maklum saja dalam tempoh 20 tahun, peminat seusia dan sebaya atau membesar dengan Sembilu mempunyai nostalgia sendiri membabitkan filem mahupun kisah cinta mereka dulu.

“Bagi saya, hendak mengimbau cerita cinta antara kami saya anggap sebagai ‘lakonan’ tidak berjaya kerana pertunangan antara kami putus. Namun segala pengalaman dilalui, sama ada membabitkan perkara peribadi mahupun kerjaya, mendewasakan kami.

“Apatah lagi dalam kerjaya, kami semua meraih kejayaan dan Erra beberapa kali menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan saya menerusi pementasan teater juga pernah menang Pelakon Terbaik di BOH Cameronian Arts Award.

“Apabila yang terbaik digabungkan, ia menjadi lebih bagus. Pastinya cinta kami di atas pentas jauh lebih baik dan berjaya berbanding percintaan sebenar.

“Namun jangan salah sang­ka, apa yang saya tegaskan ini ­hanya membabitkan pementasan bakal dipersembahkan,” kata­nya.

Melihat pada sudut lebih positif, Awie berharap gabu­ngan persembahan bersama dua nama besar itu paling ditunggu kerana mereka sudah lama tidak mengadakan persembahan bersama, terutama Erra.

“Saya mengharapkan kisah percintaan kami dulu tidak terlalu digembar-gemburkan sehingga menimbulkan cerita kurang enak. Tambah pula kami punya kehidupan masing-­masing dan keluarga.

“Begitupun andai ada yang bercakap mengenainya, saya tidak dapat mengelak kerana filem yang kami bintangi sebelum ini pernah menjadi fenomena,” katanya.

Kata Awie, pada persembahan Konsert Teaterikal Suara Kita, sesuatu yang istimewa akan dipersembahkan. Ia tidak menceduk filem Sembilu secara keseluruhan, sebaliknya jalan cerita dibina berdasarkan lagu yang bakal didendang.

“Yang penting, ia memberikan peminat kesudahan ­kepada apa yang berlaku kepada kami dalam filem itu. Antara lagu yang bakal didendang ialah lagu solo dan duet antara ­pelakon seperti Senja Nan ­Merah, Bara, Kekal, Pertemuan, Ukiran Jiwa dan Cinta Abadi.

“Satu lagu baru duet antara saya dan Erra juga akan diperkenalkan dalam pementasan itu,” katanya.

Bagi Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 46, semua yang terbabit ­dengan Konsert Teaterikal Suara Kita bersikap terbuka dengan ­meletakkan apa yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini ke tepi, sebaliknya ­lebih ­memikirkan apa yang dapat diberi kepada penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan mereka. baca artikel penuh

source: Metro

Monday, February 24, 2014

PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ?


Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan diri ketika ditengking oleh Sharnaaz.

Mesej Telefon, SMS ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29. SMS berbunyi seperti ini: “Sekarang lu cerita apa pun wa mau beli. Big bos sudah roger gua. Wa tak boleh kasi malu wa punya bos. Harap lu faham. Ini kali kita kasi habis.”

Fauzi berkata, kiriman mesej itu diterima pada 21 Februari lalu lebih kurang jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan kes Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Fauzi telah membuat laporan polis ke atas Sharnaaz. Video temuramah oleh pelakon Nisdawati boleh di tonton dan lihat di bawah

Pasangan suami isteri itu tidak tahu punca kenapa Sharnaaz mengamuk.



Source: Metro

Liza Abdullah DiCerai Talak Satu

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin.

Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik.

Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat.

Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka.


Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur, di sini. Baca artikel penuh

Source: Mstar

ELLEN PAGE AKUI DIRINYA GAY!

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ellen Page yang pernah muncul dalam filem Juno pada 2007 telah membuat pengakuan bahawa dirinya gay.

"Saya berada di sini pada hari ini kerana saya gay. Saya sudah penat bersembunyi dan saya juga sudah penat berbohong untuk menutup kebenaran ini.

"Ia membuatkan saya merana bertahun-tahun kerana saya takut untuk keluar dan menjadi diri saya yang sebenarnya. Akhirnya semangat saya hilang, mental saya tidak stabil dan hubungan saya juga tidak ke mana," kata Ellen Page, 26, pada acara homoseksual remaja di Las Vegas sempena kempen Hak Asasi Manusia.


Namun begitu, kata Ellen Page, atas kesedaran diri dan atas tanggungjawab sosial, akhirnya dia bersedia untuk muncul sebagai gay. Dia juga turut memuji beberapa selebriti yang tidak takut untuk mengakui diri mereka gay.

Sumber: murai

CHRISTINA AGUILERA HAMIL ANAK KEDUA ?

Bulan Februari nampaknya memberikan makna yang yang cukup istimewa buat bintang pop, Christina Aguilera yang juga salah seorang juri program realiti The Voice.

Sebaik saja bertunang dengan Matthew Rutler, penyanyi Feel The Moment ini telah disahkan hamil anak kedua, yang mana ianya adalah anak pertamanya bersama tunangnya itu.

Sebelum itu, Cristina Aguilera telah dikurniakan anak lelaki, Max Liron, 6, bersama bekas suami, Jordan Bratman.

Sewaktu sambutan Hari Kekasih, Christina Aguilera memberitahu dia dan Matthew Rutler telah pun mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke tahap yang seterusnya.

Perkara itu dimaklumkan Christina kepada peminatnya menerusi akaun Twitter peribadinya.

"Dia (Matthew Rutler) bertanya saya dan saya jawab.....," kata Christina sambil menyertakan sekeping foto yang memperlihatkan jarinya dihiasi dengan cincin berlian yang besar sambil sebelah tangannya memegang Matthew Rutler.

Source: Murai

'Kerana Badan Besarlah Saya Dikenali' - Abam (Bocey)

Pelawak Abam (Bocey) memberitahu ada beberapa pihak meminta dia menguruskan badan sebagai langkah untuk kekal lama dalam industri hiburan tempatan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, bagaimanapun berkata, dia enggan berbuat demikian kerana menganggap tubuh badannya yang besar itu telah memberi rezeki dalam kerjayanya sebagai seorang pelawak.

"Ada pihak yang meminta saya untuk kuruskan badan, kononnya agar saya dapat bertahan lama dalam industri.

"Tetapi buat masa ini saya enggan mengubah imej saya kerana badan besar inilah membuatkan saya dikenali ramai," katanya kepada mStar Online.

Abam bagaimanapun tidak bersedia berkongsi berapakah berat badannya sekarang. baca artikel penuh


sumber:Mstar

Kimora Lee kahwini Tim Leissner secara rahsia

Kimora Lee Tim Leissner
Dunia hiburan Hollywood sekali lagi menerima berita mengejutkan apabila supermodel dan bintang program realiti, Kimora Lee Simmons, menyembunyikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan bernama Tim Leissner.

Ketika Kimora, 38, dan pasangannya masih menunggu waktu sesuai mengumumkan berita gembira itu, bekas suaminya, Russell Simmons, terlebih dulu memecahkan rahsia mereka menerusi Twitter!

Simmons dalam statusnya meminta blogger mengambil perhatian terhadap berita yang ingin disampaikan.

“Kita semua menyayangi @OfficialKimora, namun hakikatnya dia kini bahagia berkahwin. Tim sudah menjadi sebahagian daripada keluarga #gossipcop... dan oh, Tim bukan Rusia, Lol” luahnya sekali gus mengejutkan peminat.

Source: Bharian

Sunday, February 23, 2014

Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur #DramaFestKL

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Anugerah DFKL yang pertama kali dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Januari hingga 21 Februari lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.

Senarai pemenang bagi Anugerah DFKL:

Drama Pilihan: Love You Mr Arrogant
Pelakon Lelaki Pilihan: Azlee Khairi (Love You Mr Arrogant)
Pelakon Wanita Pilihan: Nur Fathia (Diandra)
Pengarah Pilihan: Raja Ahmad Alauddin (Sebenarnya Saya Isteri Dia)
Penulis Skrip Pilihan: Mufid Suhaimi (Dalam Setiap Sujud)
Pasangan Hero & Heroin Pilihan: Azlee Khairi & Zara Zya (Love You Mr Arrogant)
Barisan Pelakon Pilihan: Sebenarnya Saya Isteri Dia
Drama Pendek Pilihan: Singh Susu