Sunday, February 16, 2014

Shah Rukh Khan Tetap Akan Menari Demi Peminat

Kecederaan pada kaki kiri yang masih belum sembuh tidak menghalang aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan beraksi pada Konsert Temptations Reloaded in Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka di sini pada malam Sabtu.

Shah Rukh Khan, 48, yang muncul membuat persembahan kira-kira pukul 9.30 malam itu ligat beraksi dengan tarian-tarian hebatnya menerusi lagu-lagu popular daripada filem lakonannya Don, Chennai Express dan My Name Is Khan.


"Saya tidak sangka menerima sokongan kuat daripada kalangan peminat-peminat di Malaysia.

"Walaupun kaki saya sakit, saya akan menghiburkan anda semua (penonton) sebaik mungkin. Kesakitan ini bukanlah satu alasan untuk saya menghiburkan anda semua," katanya sebelum meneruskan persembahan. Baca lagi

Source: Mstar

Saturday, February 15, 2014

FEAR FACTOR MALAYSIA 2: CABARAN LEBIH MENDEBARKAN

Peminat-peminat setia penonton Fear Factor Malaysia (FFM) tahun lalu, pastinya tertunggu-tunggu musim kedua program realiti yang menguji ketahanan mental dan fizikal itu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ‘trailer’ program tersebut yang sudah mula dimainkan di kaca TV sejak awal bulan yang lalu.

Program realiti yang diadaptasi daripada format program popular antarabangsa itu, menampilkan cabaran-cabaran yang lebih mendebarkan pada musim ini!


Bakal bersiaran pada 15 Februari ini, FFM musim terbaru turut memberi kelainan apabila pasangan selebriti digandingkan dengan peserta bukan dari kalangan artis.

Buat julung kalinya untuk musim ini, kesemua peserta yang terpilih akan bergandingan dengan 16 selebriti tanah air yang mana setiap kumpulan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai ujian yang pastinya menguji tahap ketahanan serta keberanian masing-masing.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus bersedia untuk melakukan pelbagai aksi-aksi lasak dan mencabar untuk memastikan mereka terus kekal dalam program ini.

16 selebriti yang bakal beraksi dalam Fear Factor Malaysia adalah Yana Shamsudin, Shuib Sepah, Dira Abu Zahar, Izzue Islam, Erin Malek, Norman Hakim, Thanuja, Zain Saidin, Sari Yanti, Azura Zainal, Bambang Soteto, Nas T, Ungku Ismail, Shah Iskandar, Syed Ali, dan Rizal Jaafar.

Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia Aaron Aziz ditampilkan sebagai pengacara untuk FFM musim kedua ini.

Fear Factor Malaysia 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Source: Murai

Friday, February 14, 2014

Yana Samsudin Tinggalkan MIG Selepas 11 Tahun

Yana Samsudin

Pelakon Yana Samsudin akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat pengurusan aktiviti seninya, MIG selepas lebih kurang 11 tahun bernaung di bawah syarikat tersebut.

Berita itu dikongsikan pelakon cantik itu menerusi laman Instagramya.

Yana menulis, “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Terima kasih Mejar David Teo dan Madam Jane kerana telah memberi nasihat dan peluang kepada saya untuk menceburi bidang seni. 11 tahun jatuh bangun, susah senang saya, keluarga MIG ada bersama. Saya akan kenang sampai bila-bila”.


Anak kelahiran negeri Johor ini merupakan artis yang paling lama bertahan di bawah pengurusan MIG sehinggakan ramai pihak mengelarkannya sebagai anak emas MIG.

Antara artis lain yang pernah bernaung di bawah pengurusan yang sama ialah Diana Amir, Intan Ladyana, Pierre Andre dan Shaheizy Sam.


Source: mynewshub

KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA DAPAT SOKONGAN TOURISM MALAYSIA

KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA

Adalah satu kelebihan sekiranya seni persembahan menjadi nadi sesebuah negara atau bandaraya. Kegemilangan seni persembahan sudah lama berakar umbi di bandaraya bandaraya utama dunia terutama di negara negara maju. Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya tidak harus ketinggalan dalam meniti peluang ini.

Sebuah pementasan seni persembahan memanifestasikan sosio-budaya setempat. Ia mampu menjadi platform dalam mengenali dan menghayati intipati sesebuah negara, bandaraya dan bangsa. Dengan wujudnya pentas bertaraf antarabangsa seperti Istana Budaya, kita harus mengambil peluang tersebut sebaiknya.


Gandingan bintang popular Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain pernah melakar sejarah kutipan tertinggi filem Melayu sebanyak RM4.2 juta menerusi filem Sembilu pada tahun 1994.

Kisah percintaan tiga segi, penuh konflik dan dendam telah mencipta fenomena di khalayak filem Melayu dan seni popular ketika itu.

Lantas dengan imej yang ‘glamour’ dan kontemporari, mereka menjadi ikon anak muda dalam dunia percintaan dan mendapat liputan meluas di media popular. Setelah hampir 20 tahun senario itu berlalu, tiga orang bintang ini akan kembali menggarap kenangan melalui Konsert Teaterikal Suara Kita.

Pementasan selama 7 hari ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu ‘pecah panggung’ yang pernah menggegarkan sinema Malaysia dua dekad lalu, iaitu Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria Mariana dan Merah.

Filem-filem tersebut dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain yang menjadi nadi utama Konsert Teaterikal Suara Kita. Persembahan selama 2 jam 30 minit ini akan mementaskan semula sorotan babak dari filem filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan. Ia juga akan diwarnai dengan nyanyian 22 buah lagu malar segar dari Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.

Konsert Teaterikal Suara Kita diterbitkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd dan mendapat sentuhan Erma Fatima sebagai Pengarah Pementasan, Azmi Zainal Abidin sebagai Pengarah Produksi serta Edrie Hashim sebagai Pengarah Muzik. Selain turut membariskan tenaga kerja produksi berpengalaman serta kerjasama erat tenaga kerja pengurusan dan teknikal Istana Budaya.


Melihat akan potensi pementasan tersebut sebagai sebuah produk pelancongan dan budaya popular, pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOTAC) telah mengambil inisiatif untuk menyatakan sokongan penuh dan kerjasama kepada Awie Entertainment Sdn Bhd yang bertindak sebagai penganjur.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOTAC) mengalu-ngalukan dan menggalakkan badan badan korporat melibatkan diri dalam penajaan Konsert Teaterikal Suara Kita atau sebarang kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua pihak. Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOTAC) juga mengumumkan insentif potongan cukai kepada badan badan korporat yang terlibat.

Seharusnyalah, Konsert Teaterikal Suara Kita bukan sekadar sebuah pementasan teater muzikal biasa, tetapi menjadi salah satu acara penting dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014.Konsert Teaterikal Suara Kita  ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 3 hingga 9 Mac 2014 ini.


Source: Murai

Thursday, February 13, 2014

Gosip: Tasha Shilla Bercumbu Dengan Hans di Khalayak Ramai?

TAHUN lalu, pelakon tinggi lampai, Tasha Shilla pernah dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak negara, Mahalli Jasuli.

Bagaimanapun, selang beberapa bulan digosipkan dengan atlet sukan itu, tuan empunya nama Natasha Sheila Abd. Razak, 28, dikaitkan pula dengan seorang ahli tinju sukan Muay Thai yang hanya dikenali sebagai Hans.

Selepas beberapa kali berdolak-dalik mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara mereka, pada hari Sabtu yang lalu, gambar Tasha dan Hans dirakamkan berjalan bersama di atas karpet merah sempena penganjuran Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Berikut jawapan Tasha kepada Kosmo bila ditanya isu bercumbu:

"Saya tak sangka ada individu yang sanggup membuat dakwaan sedemikian rupa. Majlis tersebut dihadiri oleh puluhan wartawan dan juga jurugambar. Jika saya dilihat bercium dan bercumbu di hadapan khalayak ramai, kenapa gambar saya tidak dirakam? Mengapa cerita ini perlu disampaikan melalui mulut ke mulut? Saya berharap agar individu terbabit dapat menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya membuat tuduhan.

Baca artikel penuh

Sumber: Kosmo

Gempar Stacy hidap H1N1 ?

MELALUI kemas kini status akaun Twitter peribadi milik Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 24, penyanyi itu mengesahkan bahawa dia telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) atau lebih dikenali sebagai wabak selesema burung.


Berita mengenai penyakit berbahaya yang dihidapinya sungguh memeranjatkan kerana pelantun lagu Bosan itu kelihatan sihat sewaktu mengadakan persembahan pada malam penganjuran Anugerah MeleTOP Era baru-baru ini.

“Betul, saya dijangkiti virus influenza A,” jelas Stacy dengan nada sayu sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

Ujarnya, dia kini berada di kampungnya, Penampang, Sabah untuk berehat dengan harapan penyakitnya itu sembuh dalam masa terdekat. Baca Artikel penuh

Sumber: Kosmo

Rabecca Dapat Hidayah Bertudung Di Mekah

Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.

Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.


"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya

Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.


Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut.


Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.

Source: Mstar

Wednesday, February 12, 2014

Neelofa tak kejar jodoh

SEBENARNYA majlis hari jadi pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa Mohd. Noor yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor pada malam kelmarin dirancang khas tanpa pengetahuan empunya diri.

Neelofa

Dihadiri ahli keluarga terdekat, rakan-rakan, peminat dan pihak media, majlis berkenaan sengaja diaturkan oleh ibu tersayang, Noor Kartini Noor Mohamed dan pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip bagi memberi kejutan buatnya.

Sebaik sahaja figura jelita yang popular dengan nama Neelofa itu melangkah masuk ke lokasi majlis yang dikenali sebagai Pool Bar di hotel berkenaan kira-kira pukul 8.30 malam, jelas terpancar riak wajah terkejut dirinya melihatkan kehadiran ramai tetamu.

Ujar Neelofa, dia agak terkejut apabila sekali lagi diraikan pada majlis yang dia sendiri tidak mengetahuinya.

Malah, ibu tercinta pula memberitahu ia sekadar makan malam bersama keluarga untuk meraikan hari jadinya yang disambut awal sehari. baca lagi

Source: Kosmo

Beyonce Jadi Subjek Pelajaran Di Universiti

Selepas penyanyi Hip Hop terkenal, Jay-Z diiktiraf oleh Universiti Georgetown dengan menawarkan kursus berkenaan dirinya untuk subjek 'Sociology of Hip Hop: The Urban Theodicy of Jay-Z', kini Universiti Rutgers pula mengambil langkah sama dengan menawarkan kursus untuk isterinya, Beyonce menerusi subjek 'Politicizing Beyonce'.


"Subjek ini bukanlah menumpukan kepada karier gemilang Beyonce, sebaliknya fokus akan diberikan kepada subangan Beyonce menerusi muzik dalam peradaban masyarakat Amerika, jantina dan politik di negara ini," ujar pensyarah subjek, Kevin Allred.

Sebelum ini beberapa artis terkenal juga menjadi subjek di beberapa universiti ternama antaranya 'Lady Gaga and the Society of Fame' ditawarkan di Universiti South Carolina, 'The Textual Appeal of Tupac Shakur' di Universiti Washington dan 'The Theology of Bruce Springsteen Song' juga di Universiti Rutgers.

Source: MediaHiburan

Stacy Dijangkiti Virus Influenza A

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Bosan', Stacy disahkan telah dijangkiti oleh virus influenza A. Menerusi akaun Twitternya, Stacy berkongsi berita ini bersama pengikutnya dengan status;

"Im positive!!..,Influenza A...huhuhu...nasib baik ada topeng ninja ni and OMIflu medicine," tulisnya.


Sebelum itu, menerusi Twitter juga, Stacy ada berkongsi foto mengenai gejala-gejala penyakit ini seperti demam, selsema, sakit tekak, cirit-birit, batuk, kurang selera makan, muntah dan loya.

Difahamkan, Stacy kini berada di Sabah dan sedang berehat sehingga penyakit yang dihidapinya pulih. Semoga cepat sembuh Stacy!

Source: Mediahiburan