Friday, August 20, 2021
Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Wednesday, August 18, 2021
BERITA BAIK ! JPJ TAWAR 70% PENGURANGAN PEMBAYARAN SAMAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Monday, August 16, 2021
PM letak jawatan? Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan
PM letak jawatan? Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan
KUALA LUMPUR: Sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, beliau masih mempunyai peranan besar dalam rundingan pembentukan kerajaan kerana beliau masih merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Friday, August 13, 2021
9 Jenis Durian Terbaik di Malaysia
9 Jenis Durian Terbaik di Malaysia
Buah berduri yang diberi jolokan “Raja Segala Buah” menjadi kebanggaan segenab rakyat Malaysia kerana ia menjadi identiti masyarakat di Nusantara. Malah, ada yang tanpa segan silu mengatakan, “kalau tak makan durian, maka bukan rakyat Malaysia sejati”.
Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih daripada 200 klon durian yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia dan banyak lagi yang masih belum berdaftar. Kami telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan senarai Jenis Durian terbaik dan paling popular di Malaysia untuk memudahkan anda membuat pilihan mengikut citarasa anda.
#1 : Musang King
Name Musang King / Raja Kunyit / Mau Shan Wang / Cat Mountain King
Kod D197
Tarikh Pendaftaran 9 Disember 1993
Asal Usul Wee Chong Beng, Tanah Merah, Kelantan
Durian Musang King disepakati oleh hampir segenap masyarakat tanahair sebagai jenis durian terbaik di Malaysia. Kulitnya berbentuk bujur melonjong dan mempunyai kulit berwarna hijau terang. Isinya tebal, berwarna kuning keemasan, sangat licin dengan sedikit atau tanpa serat. Teksturnya yang melekit dan berkrim serta mempunyai rasa manis dan pahit. Ia boleh dikatakan sebagai jenis durian yang paling popular pada ketika ini. Fakta menarik tentang perkataan “musang” yang terdapat pada nama jenis durian ini bukan merujuk kepada haiwan musang tetapi tetapi sebaliknya mendapat nama daripada wilayah “Gua Musang” di mana klon ini mula-mula ditanam dan menjadi sangat popular di kalangan pengusaha durian di kawasan tersebut.
#2 : D24
Name D24 / Sultan Durian
Kod D24
Tarikh Pendaftaran 30 November 1937
Asal Usul Empangan Bukit Merah, Perak
Durian D24 merupakan salah satu jenis durian yang lebih popular di Malaysia. Kulitnya berbentuk bujur, berkulit nipis dan berwarna hijau muda serta mempunyai saiz sederhana besar. Isinya pula berwarna kuning pucat serta rasanya lemak berkrim dan sedikit pahit. Oleh kerana Durian D24 adalah jenis durian yang popular dan ditanam secara meluas, terdapat beberapa jenis gred dan juga sub-kategori.
#3 Tekka
Name Tekka / Buluh Bawah / Musang Queen
Kod D160
Tarikh Pendaftaran 30 Jun 1987
Asal Usul Lim Hai Chua, Banting, Selangor
Jika anda benar-benar seorang “kaki durian”, anda perlu mencuba Durian Tekka yang jarang sekali ditemui. Kulitnya berbentuk bulat lonjong di mana bahagian atasnya sangat besar manakala bahagian bawahnya menguncup serta mempunyai lekuk pada bahagian kulit sebelah dalam. Isinya tebal, mempunyai tekstur yang halus pekat dan berwarna krim kekuningan tetapi agak pucat jika dibandingkan dengan Durian Musang King tetapi rasanya mampu menandingi raja durian tersebut. Seperti kebanyakan durian premium yang lain, ia mempunyai rasa lemak, manis, pahit dan bergas. Selain itu, Durian Tekka memiliki aroma atau bau yang agak kuat di mana ini mungkin kurang menyenangkan bagi mereka yang kali pertama ingin mencuba durian jenis ini.
#4 Udang Merah
Name Udang Merah / Red Prawn / Hong Xia / Ang Hay
Kod D175
Tarikh Pendaftaran 4 Jun 1990
Asal Usul Balik Pulau, Pulau Pinang
Jika anda menggemari durian manis, Durian Udang Merah adalah jenis durian yang sesuai untuk anda. Kulitnya berbentuk bujur seperti bola ragbi, berwarna perang gelap, mempunyai duri yang kecil dan berjarak serta sukar untuk dikopek. Warna isinya adalah kuning jingga kemerahan dan berbentuk melengkung seperti bentuk udang merah di mana nama durian ini diambil sempena hidangan laut tersebut. Tekstur isinya cantik berkrim tetapi seringkali terlalu berair, lembik dan melekit. Ia mempunyai rasa lemak manis yang menyelerakan di mana ini menjadi faktor utama Durian Udang Merah tergolong di antara jenis durian termahal di Malaysia.
#5 Duri Hitam
Name Duri Hitam / Black Thorn / Ochee / Hei Tze
Kod D200
Tarikh Pendaftaran 15 Ogos 2012
Asal Usul Leow Cheok Kiang, Pulau Pinang
Durian Duri Hitam adalah jenis durian yang amat diidam-idamkan dan bernilai di kalangan “hantu durian”. Malah harganya juga dikatakan lebih mahal berbanding Durian Musang King. Ia mempunyai betuk bulat seperti labu dan mempunyai kuilt berwarna hijau kelabu. Terdapat dua teori bagaimana durian ini mendapat namanya iaitu melalui warna hujung durinya atau satu tangkai yang terdapat pada bahagian bawah kulit. Jenis durian paling mahal ini mempunyai rasa berlemak manis, berkrim dengan sedikit rasa pahit seolah-olah gabungan di antara Musang King dan XO. Isinya pula agak tebal dan lebih ringan dari segi struktur. Selain rasanya yang unik, ia mempunyai aroma yang menyelerakan, wangi dan tidak tajam.
#6 IOI
Name IOI / Mas Hjh Hasmah / Mas Muar
Kod D168
Tarikh Pendaftaran 24 Mei 1989
Asal Usul Hjh.Hasmah Hj.Hashim, Muar, Johor
Durian IOI mempunyai saiz sederhana, berbentuk bulat, kulit berwarna hijau perang dan bertangkai kontot. Di antara keunikan jenis durian ini adalah ia mudah untuk dikopek. Isinya berwarna jingga kekuningan dengan ketebalan sederhana. Ia mempunyai rasa lemak manis dengan sedikit rasa pahit hampir sama seperti rasa Durian Musang King serta mengeluarkan aroma yang kuat apabila memakannya.
#7 XO
Name Durian XO
Kod N/A
Tarikh Pendaftaran N/A
Asal Usul Pahang, Johor
Hasil kajian kami gagal mendapati kod pendaftaran dan tarikh pendaftaran bagi baka durian ini. Terdapat kemungkinan bahawa durian ini adalah hasil variasi daripada baka Durian D24 walaupun ia tidak dapat disahihkan. Jika anda menyukai durian dengan rasa yang kuat dan pahit, Durian XO adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia bukan sahaja pahit, malah terkenal dengan rasa yang memabukkan dan bergas akibat berlakunya proses fermentasi atau penapaian ketika isinya berada di dalam kulit untuk tempoh masa yang panjang. Durian XO biasanya berbentuk bulat atau kadangkala seperti bentuk belimbing dan kulitnya berwarna hijau keperangan. Durinya pula agak panjang dan meruncing dengan hujung berwarna perang. Isinya berwarna kuning pucat dan mempunyai ciri-ciri seperti melekit, sangat lembut, tebal berair.
#8 Golden Phoenix
Name Golden Phoenix / Jin Feng / Kim Hong
Kod D198
Tarikh Pendaftaran 13 Mac 2013
Asal Usul Tan Sue Seng, Batu Pahat, Johor
Durian Golden Phoenix adalah pilihan alternatif bagi Durian Musang King kerana harganya yang lebih murah. Buahnya bersaiz kecil dan mempunyai banyak isi dengan biji yang kecil dan kulit yang nipis. Ia mempunyai variasi warna kulit daripada hijau cair hingga coklat keperangan. Rasa Durian Golden Phoenix adalah manis, pahit, berkrim, berair dan kurang tengik berbanding Musang King. Sepertimana Durian XO, ia mempunyai warna yang pucat, lembut dan berair. Ia dianggap jenis durian yang ‘berbaloi dengan nilai’ kerana anda mendapat banyak isi yang enak pada harga yang berpatutan.
#9 Durian Kampung
Name Durian Kampung / 888 / Asli
Kod 888
Tarikh Pendaftaran N/A
Asal Usul Gugusan Kepulauan Melayu
Durian Kampung adalah baka asli durian yang ditemui di serata gugusan kepulauan Melayu tetapi ditanam secara komersial di Perak, Pahang, Kedah, Kelantan. Kulit Durian Kampung 888 mempunyai pelbagai jenis daripada bentuk bulat hinggalah lonjong dengan warna hijau hinggalah hijau keperangan. Isinya mempunyai tekstur seperti kastard, berwarna kuning susu hingga jingga dan terdapat biji bersaiz penuh atau separa penuh. Isinya agak padat dan rasanya ke arah rasa manis seperti vanila. Biasanya digunakan dalam penghasilan lempok, tempoyak, jem dan aiskrim kerana harganya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan durian premium yang lain.
Monday, August 9, 2021
Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia 5.13 pagi, hari ini (09 August 2021)
Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.
Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.
"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.
"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.
Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun. Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan. Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011.
Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Thursday, July 22, 2021
COVID-19 : Berita baik kini anda boleh buat ujian sendiri di rumah
Updated: 01Aug2021
Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia yang pertama, 'Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19', akan mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD).
𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗶𝘁 𝘂𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵
- membantu memudahkan proses pengesanan dan pengawalan jangkitan COVID-19 sekaligus membantu mengurangkan bebanan petugas kesihatan.
- Penggunaan kit ujian ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) tetapi boleh digunakan oleh orang awam untuk menjalankan saringan kendiri bagi mendapat keputusan mengenai status jangkitan COVID-19 mereka dengan cepat dan mudah sebelum tindakan selanjutnya diambil.
- Menggunakan kit ujian ini dengan cara yang betul mengikut arahan penggunaannya (instruction for use) dan melupuskannya dengan tatacara yang selamat serta mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya termasuk melaporkan keputusan ujian yang diperolehi.
Sumber: CPRC Kebangsaan - Kementerian Kesihatan Malaysia
Harga sehingga 01 Aug 2021:
1. Salixium COVID-19 Home Self Test Rapid Antigen Kit (RTK) : RM 39.90
2. Gmate COVID-19 Home Self Test Saliva Rapid Antigen Kit (RTK) : RM 39.90
3. ALLTEST COVID-19 Antigen Rapid Test - Oral Fluid Self Testing : RM 35.90
Boleh terus order di sini: https://bit.ly/3zlT6Kv atau di sini: https://invol.co/cl5c0cu
Cara penggunaan:
Salixium
Gmate3. ALLTEST COVID-19 Antigen Rapid Test - Oral Fluid Self Testing
Wednesday, May 26, 2021
Breaking News: Kehadiran pesawat pengintip protaip Israel timbul tanda tanya
Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya.
Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai.
Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji.
“Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik.
“Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik.
"Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil pesawat komersil,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Jelas Zaki, dengan pelbagai sistem penderiaan dan sensor yang amat sensitif, maka sebab itu kehadiran pesawat tersebut di Singapura menarik perhatian selain boleh menimbulkan kemusykilan berhubung tujuannya.
Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan sebuah pesawat pengintip prototaip Israel dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian di Singapura.
Ujian penerbangan selama 4 jam itu telah melibatkan sebuah pesawat Boeing 737-400 yang bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta.
Kredit artikel : Sinar Harian
Kredit Photo: FB Captain Defence
Tuesday, April 13, 2021
FREE RM25 dalam bentuk Bitcoin untuk anda
Berikut min nak kongsi cara nak dapatkan FREE RM25 dalam bentuk Bitcoin (BTC) bagi yang baru nak mula nak berjinak-jinak dengan cryptocurrencies investment ni. Min sendiri pun dah menuai hasilnya pun sejak join dari awal Mar 2021 hari tu.
Tak perlu tunggu sehingga setahun bagai baru nak dapat hasilnya. Caranya seperti berikut, boleh guna apps atau website yer. Bila dah daftar, jangan lupa promo kod : RF3GXQ untuk dapat FREE RM25 BTC tu.
Kalau malas nak menaip, klik terus link ni: FREE RM25
1. Sign up with my invite link : RF3GXQ
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC
3. We both get MYR 25.00 free BTC
Cara nak tebus, jangan lupa masukkan referral code RF3GXQ pada bahagian Rewards > Enter a code (rujuk gambar di bawah).
Lepas dah daftar tu, tengok je hari macam korang tengok harga emas tu. Macam biasa, kalau harga naik, korang boleh jual untuk dapat untung, kalau harga rendah, korang boleh beli banyak-banyak untuk simpanan masa depan.
Nanti kalau rasa nak jual tu, leh dapat balik korang and transfer balik ke akaun bank anda macam korang buat transfer guna online banking biasa tu. Luno kini menyokong FPX bagi memudahkan rakyat Malaysia melakukan deposit melalui akaun bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Public Bank dan banyak lagi.
Kalau korang kurang modal, boleh dapat jugak FREE Bitcoin dengan cara berikut:
1. Cointiply ; totally free dan tak perlu apa-apa modal pun, daftar je guna link ni, dan dapat free points dengan main game, buat survey, main games dll. Dah cukup points boleh tebus BTC and transfer ke Luno e-wallet anda.
2. Stormgain ; yang ni pun free dan kalau nak naikkan potensi anda, boleh gak top up. Tapi yang ni, min tak pernah try lagi masukkan duit sendiri sebab belum ada pengesahan. Boleh try tapi risiko sendiri la. Klik je sini : Jom try
Kalau yang tertanya, boleh caya ke? boleh rujuk di sini yer sebab dah dapat kelulusan bank negara:
3. NST
Wednesday, March 17, 2021
Dapatkan Sampel Percuma Susu Dutch Lady 123 dan Dutch Lady 456 Hari Ini!!
Dapatkan Sampel Percuma Susu Dutch Lady 123 dan Dutch Lady 456 Hari Ini !!
Caranya isikan maklumat penghantaran anda di sini: https://invol.co/cl316x0
Sunday, March 7, 2021
i-Sinar : Permohonan Baru Bermula 8 Mac 2021
Layari lama web mereka atau facebook rasmi sahaja yer. Jangan tekan link atau sms seberangan. Kaji sebelum cuba.
Official KWSP: https://www.kwsp.gov.my/
Official KWSP facebook : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
Pautan lain/Sumber rujukan:
Sunday, February 28, 2021
Vaksin #COVID19 keluaran Pfizer mendarat di Malaysia
VAKSIN PERTAMA COVID-19 PFIZER BIONTECH TELAH TIBA DI MALAYSIA
PERJALANAN VAKSIN
Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH604 pada jam 10.00 pagi 21 Feb 2021, dikendalikan oleh MABkargo Sdn. Bhd. (MASKargo).
Perjalanan vaksin ini dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global. Vaksin ini berlepas dari Puurs, Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.
Vaksin ini (312,390 dos) diterbangkan dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) menggunakan pesawat Airbus 330-300.
KETIBAAN VAKSIN DI MALAYSIA
Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin dikendalikan oleh DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.
YB Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan YB Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Dato Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai tertinggi dari KKM, MOSTI dan MOT hadir sama menyambut ketibaan pertama vaksin Pfizer-BioNTech ini.
MENGENAI VAKSIN COVID-19 YANG DIPEROLEHI MALAYSIA
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang telah memperolehi kelulusan bersyarat daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan NPRA pada 8 Januari 2021 lalu.
Sehingga Februari 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewakili kerajaan telah memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd pada 11 Januari yang lalu untuk pembelian vaksin ini, setelah memulakan perbincangan pada penghujung tahun 2020.
FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN DAN KUMPULAN SASAR
Malaysia akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaanpada 24 Februari 2021 (Rabu ini). Program ini akan bermula dengan suntikan sulung yang akan diterima oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah bersama petugas barisan hadapan.
Ada tiga peringkat Program Imunisasi:
Fasa 1 (Februari – April 2021): petugas barisan hadapan;
Fasa 2 (April – Ogos 2021):warga emas berumur 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi; dan
Fasa 3 (Mei 2021 – Februari 2022): penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Malaysia Prime Minister safely received the COVID-19 vaccine
PUTRAJAYA. Feb 24, 2021: Prime Minister, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin has safely received the first dose of the COVID-19 vaccine today.
The Prime Minister was vaccinated at launching of the National COVID-19 Immunisation Program at the Putrajaya Health District Office (PKD). This means the biggest immunisation program in Malaysia has officially kicked off for the whole country.
Health Director YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah and four health workers also received their first dose of the COVID-19 vaccine.