VIDEO Lathi Challenge yang dilakukan pelakon Mawar Rashid mendapat perhatian netizen di laman sosial sehingga hari ini mendapat lebih sejuta tontonan di laman Instagram miliknya.
Menjelaskan mengenai trend video yang diperkatakan orang ramai itu, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, memberitahu apa yang dilakukan hanyalah untuk menyahut cabaran daripada peminat di media sosial.
"Rasanya semua orang tahu saya memang suka bermekap dan buat video unik, jadi menerusi tarian Lathi Challenge itu saya dapat tunjuk kepada pengikut laman sosial mengenai teknik mekap yang saya lakukan... nak buat video itu pun bukan mudah kerana memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi!
"Kalau ada yang rasa tak selesa dengan video itu saya minta maaf dan tak sangka sampai ada pihak rasa kurang senang.
"Setelah difikirkan kembali saya mengambil keputusan untuk memadam video tersebut!," katanya kepada mStar. Sebelum ini, pendakwah bebas antaranya Pencetus Ummah Syed Bakri dan Da'i Wan Dazrin serta penyanyi Faizal Tahir menyuarakan pandangannya mengenai penghasilan video tarian Lathi Challenge.
Rata-rata berpendapat tindakan individu yang menghasilkan video itu hanyalah kerja sia-sia dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Sementara itu, isteri kepada Raf Yaakob ini berkata video yang dihasilkan itu sama sekali tiada sebarang unsur pemujaan dan tidak memesongkan akidahnya sebagai umat Islam.
"Apa sahaja perkara yang kita lakukan berbalik kepada niat... video itu dihasilkan sebagai content untuk Instagram! Jadi, tiada sebarang unsur pemujaan dan tidak memesongkan akidah sama sekali.
"Mungkin kerana memakai busana tradisional orang Thailand dan mekap seperti hantu menampakkan seperti pemujaan, tapi hakikatnya tiada sebarang unsur mistik dalam tarian tersebut," katanya.
"Cumanya saya minta janganlah semudah itu menjatuhkan hukum terhadap seseorang kerana ia berbalik kepada niat individu itu sendiri.
"Kalau kita pandang dari sudut positif, ia akan jadi positif... begitulah sebaliknya! Kadang-kadang kita tak tahu mungkin orang yang kita cakap itu lebih baik pegangan agama mereka," ujarnya.
Kredit: Mstar
0 comments:
Post a Comment