GELAGAT spontan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menari di aplikasi TikTok diiringi suara Azwan Ali ternyata mencuit hati netizen di laman sosial.
Aksi bersahaja Cik B atau nama sebenar Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, itu mengundang pelbagai komen daripada netizen setelah ia dimuat naik semula di laman Twitter.
Dalam klip berdurasi 15 saat itu, Cik B menari secara rawak menggabungkan muzik latar bersama kata-kata kesat yang diluahkan oleh Azwan Ali kepada keluarganya baru-baru ini.
"Orang kata action speak louder than words (tindakan dan aksi lebih kuat daripada perkataan)," tulisnya.
Sebelum ini, tular rakaman video Azwan membakar minyak wangi pemberian Vida dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap usahawan itu.
Rata-rata pengguna laman tersebut memuji tindakan Cik B membalas kutukan Azwan itu dengan cara halus dan tersendiri.
"Cik B masih muda dan ada semangat positif serta inspirasi untuk kita.
"Wow cara yang sangat mudah untuk singkirkan benda negatif, semoga yang baik-baik untuk kamu sekeluarga.
"Cik B abaikan manusia hati macam tu, dia iri dengan hidup orang lain, stay strong," komen netizen.
Gara-gara 'serangan' Azwan Ali itu, nama Diva AA menjadi trending di laman Twitter.
Pada Ahad lalu, Vida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pengacara Azwan Ali yang membakar minyak wangi pemberiannya.
Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman menyifatkan perbuatan yang dilakukan itu sebagai satu penghinaan terhadap dua arwah anaknya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.
"Bila tengok video tu terkejutlah saya. Saya diam je mula-mula tapi lagi banyak tubik (keluar). Dia up video kat Twitter dia.
— cikb havoc (@HavocCikb) February 2, 2020
"Bagi saya cara dia tu satu penghinaan. Dia pergi bakar perfume pemberian saya dekat rumah terbakar. Dia letak tudung dan perfume saya dekat situ.
"Memang terasalah. Perasaan saya Allahuakbar! Buat apa mu nak kait-kaitkan dengan anak aku. Mereka tak salah," katanya.
Sebelum itu, beberapa portal hiburan melaporkan isu ini timbul apabila Azwan meminta bayaran atas kemunculan di program Cik B Vaganza Food Fest di Johor Baru, baru-baru ini.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment