Sunday, May 19, 2019

Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand

 

TUMPAT - 18 Mei 2019: Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut manakala suaminya cedera selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, mengalami kecederaan. Adiknya, Faizol Rohban Ahmad berkata, kejadian itu diketahuinya selepas menerima panggilan daripada abang iparnya.

"Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk.

"Setengah jam selepas itu, dia maklum bahawa kakak sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.




Tambahnya, kakaknya keluar dari rumah di Kampung Paloh pada pukul 8 pagi tadi bersama suaminya. Difahamkan, mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.

Sumber: Kosmo

Related Posts:

  • Pengasas Dnars Skincare maut kemalangan di Thailand   TUMPAT - 18 Mei 2019: Usahawan kosmetik Faziani Rohban Ahmad, 40, yang juga pengasas produk kecantikan jenama Dnars Skincare maut manakala suaminya cedera selepas kereta jenis Toyota Estima yang dinaiki terlibat dal… Read More
  • Nukilan buat Pengasas Dnars SkincareKematian yang dicemburui kerana sifat dermawan dan pemurah arwah. Perginya di bulan mulia..Perginya di jalan Allah,menuju ke Pondok utk menunaikan kewajipan zakat..Baru pulang menunaikan umrah..Baru shj brbuka puasa ber… Read More

1 comments: