Sunday, May 19, 2019

Nukilan buat Pengasas Dnars Skincare

Kematian yang dicemburui kerana sifat dermawan dan pemurah arwah.


Perginya di bulan mulia..
Perginya di jalan Allah,menuju ke Pondok utk menunaikan kewajipan zakat..
Baru pulang menunaikan umrah..
Baru shj brbuka puasa bersama anak2 yg dikasihi Nabi S.A.W anak2 yatim..
Membantu golongan2 fakir miskin..

Begitu banyak kebajikan dalam hidup yg dia lakukan hasil dr kekayaan dan kejayaannya didunia, tidak langsung menunjuk2 kebaikannya pd umum dan hari ini setelah dia kembali kpd Pencipta kita, berlumba2 org menceritakan kebaikannya..

tk perlu bayar org utk mengangkat dan memuji kita tapi janji Allah itu pasti pd mereka yg berhati mulia dan bersih..kematian yg sgt dicemburi smua..semoga beroleh keselamatan di alam Akhirat..

Seorang wanita yg sgt tabah dan kuat.. Dari hanya seorang peniaga di pasar sehingga memiliki segalanya.. tidak pernah lupa dr mana dia bermula,sikap yg sgt merendah diri dan sgt mementingkan kebajikan golongan bawahan..

Personaliti yg patut kita contohi.. harini kita menghebahkan kematian org,dan suatu hari nanti org pula menghebahkn kematian kita.
Mati itu pasti dan kematian itu lah yg paling dekat dgn kita.😊

Al fatihah Puan Hajjah Faziani Ahmad Rohban.
Pengasas kosmetik Dnars.

Seharian wall penuh dengan pujian terhadap arwah.
- majikan yang baik
- baru order 1300 kampit beras untuk diedarkan kepada asnaf
- ajak tahfiz buat tahlil 40 malam bermula hari ni untuk arwah ibu bapanya tetapi rupanya tahlil untuk arwah sendiri jugak.
- dalam perjalanan ke yala untuk beri sumbangan
- baru balik dari umrah sebelum ramadan, awal ramadan buat umrah lagi

Seharian pakat share kata-kata nasihat dari arwah.









Kebanyakan nasihat arwah..
- kalau dah kaya, jangan lupa sedekah, kalau dah kaya,
- jangan lupa masa susah dulu,
- biar apa orang nak bercakap hal kita..biarkan jer..lama-lama orang akan senyap, yang penting kita tak buat orang

Dan banyak lagi yang dikongsikn oleh sahabat handai arwah.

Penatnya arwah dan suami demi mengejar pahala.

Kemalangan berlaku selepas suami arwah terlelap seketika dan melanggar belakang lori..itu hanya ASBAB sahaja.

Disini jelas tujuan kenapa perlu kaya..

Arwah berusaha tanpa jemu untuk kaya dunia dan kaya akhirat.

#Alfatihah

Kredit: Viral Media Johor

0 comments:

Post a Comment