Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya
“TERUJA nak tengok video penuh yang dikatakan kepunyaan saya. Kalau memang ada, tunjukkanlah. Kenapa keluarkan yang tangkap layar (screen shot) saja,” kata penyanyi Ismail Izzani mengenai penyebaran paparan skrin kononnya dia terbabit dalam rakaman video keterlaluan.
Ismail, 19, atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazeri berkata, dia juga tidak tahu kenapa dirinya menjadi sasaran pihak terbabit selepas penyebaran video mirip penyanyi, Aiman Tino baru-baru ini.
Malah, Ismail yang popular menerusi lagu Luar Biasa yakin video disebarkan itu bukan miliknya.
“Saya pun tak tahu kenapa menjadi sasaran selepas Aiman Tino. Tak tahu nak cakap macam mana. Apabila saya tengok sendiri paparan skrin itu sangat kelakar.
“Saya pun sudah hubungi sendiri pengguna akaun Twitter itu untuk minta video penuh. Sebab apa yang disebarkan itu dalam bentuk paparan skrin dan gambar. Bagi saya ia tak cukup.
“Bukan saja saya, malah orang luar pun teruja nak tengok video itu. Tapi saya yakin, kalau mereka ternampak video itu nanti, insya-Allah mereka tahu ia bukan saya. Yang tak tahu, mungkin akan tetap cakap saya,” katanya kepada Harian Metro.
Ismail yang dilantik sebagai duta Setulus Ikhlas sepanjang Ramadan dan raya di TV3 berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu kerana menganggap ia bukan isu besar.
“Saya tak ambil tindakan berat sebab orang tahu ia tak betul. Bagi saya, peminat dan orang luar boleh beza sendiri.
“Sebab ia bukan masalah besar buat saya. Zaman sekarang apa saja boleh jadi. Dulu lagi sudah jadi perkara sebegini. Bagi saya, ini hanya permulaan dan kena sentiasa bersedia pada masa akan datang,” katanya.
Menurutnya, dalam masa sama, dia juga takut kerana apabila sampai tahap itu banyak lagi yang boleh berlaku pada masa depan sehinggakan orang boleh sunting dan sebar fitnah.
Ismail juga mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Secara peribadi, perkara ini berat untuk saya. Tapi tetap kena lebih berhati-hati pada masa depan dan nak juga tengok video penuh.
“Mak saya tahu perkara ini dan dia gelak. Sebab tak tahu tandas mana yang orang itu sunting. Lain kali gunakanlah tandas elok sikit atau tandas hotel lima bintang,” katanya.
Sumber: Hmetro
Saturday, April 27, 2019
Home »
Ismail Izzani
,
panas
» Panas: Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya
Panas: Ismail Izzani cabar keluarkan versi penuh video bogel didakwa miripnya
Categories: Ismail Izzani, panas
Related Posts:
Kontroversi Hanez Suraya : Komen Chef Wan Pedas ! Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:- Wow sede… Read More
Panas: Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing Johan As'ari perjelaskan isu dia dikatakan memegang anjing dan tidak sensitif. PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesala… Read More
Panas: Bil Cecah RM9,000 Dafi Tegur Syarikat Telco Macam Tahi Dafi PETALING JAYA: Penyanyi Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, berka… Read More
Panas: Hanez Suraya Fail Saman Fitnah Bekas Pembantu Peribadi Pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan memfitnah dimuat naik dalam laman sosial pada September hingga pertengahan Oktober tahun lepas. Hanez, 28,memfailka… Read More
Panas: Amarah Amy Search Terhadap Nabila Huda Amy Search beri teguran kepada anaknya KUALA LUMPUR: Mungkin tahap kesabaran bapa kepada Nabila Huda iaitu rockers Amy Search tidak dapat ditahan lagi apabila dia dilihat telah memberikan komen pada salah satu foto yang… Read More
0 comments:
Post a Comment