Ketika dihubungi mStar pada Jumaat, Ali, 22, juga tidak menafikan tuduhan itu namun memilih untuk enggan mengulas panjang."Saya baru tahu tentang foto yang tular itu semalam (Khamis) selepas pulang daripada penggambaran sebuah drama.
"Tentang siapa individu dalam foto tu saya malas nak komen... benda (gambar) pun dah padam! Kalau tengok rambut Fathia dalam tu pun berbeza," katanya mengulas mengenai foto berkenaan.
Tersebar foto Fathia dicium seorang lelaki.
Ditanya bagaimana dia dapat memastikan penampilan berbeza Fathia menerusi foto itu, Ali sekali lagi mengelak untuk menjelaskan lanjut.
Sementara itu bercerita mengenai hubungannya dengan Fathia, pelakon drama Voice Note ini berkata dia sudah mengenali aktres tersebut sejak 2017.
Malah, sehingga kini kedua-duanya masih bersahabat namun kesibukan kerja membuatkan mereka sudah lama tidak berjumpa.
"Saya kenal dia sejak tahun 2017 masa itu kami shooting drama bersama, saya hanya bawa watak tambahan sahaja.
"Kami masih berkawan... cuma dah lama tak jumpa," ujarnya.
Ali dan Fathia pernah digosipkan bercinta. Foto: suria.my
Selepas hangat dengan isu buka tudung, Fathia sekali lagi menjadi topik hangat netizen apabila memuat naik foto dicium seorang lelaki di laman sosialnya pada Khamis.
Selain foto itu, beberapa catatan lain melibatkan agama turut dimuat naik wanita berusia 32 tahun itu di Instastory miliknya.
Bukan itu sahaja, Fathia juga dengan berani menulis beberapa kenyataan berbaur lucah yang dilihat seolah-olah menyindir netizen kerana mengecam penampilan baharunya tidak berhijab.
Bagaimanapun, Fathia memadam foto tersebut selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut, namun paparan skrin gambar berkenaan tular di laman sosial.
Pada September tahun lalu, menerusi laporan beberapa media tempatan, Ali menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa dia adalah kekasih terbaharu Fathia.
Spekulasi itu mula timbul selepas Fathia memuat naik gambar mereka berdua, namun dia telah memadamkan semula gambar tersebut.
Sumber: Mstar
Saturday, April 27, 2019
Panas! Fathia Latiff Letak Gambar Bercium Pula
Categories: Fathia Latiff, panas
Related Posts:
Panas: Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing Johan As'ari perjelaskan isu dia dikatakan memegang anjing dan tidak sensitif. PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesala… Read More
Pelakon Lelaki Disyaki Merogol Telah Ditahan Polis Mengucap panjang apabila membaca surat khabar Harian Metro dengan ‘headline’ yang ditulis ‘Diperkosa Pelakon Ketika Temu Duga Di Hotel’.Dah kenapa nak temu duga kat hotel, kat pejabat dengan rumah kedai tak boleh … Read More
Panas: Ada Pihak Sabotaj Nonny (AF5) Sebarkan Gambar Intim PETALING JAYA: Pelakon Nonny (AF5) mengesyaki ada pihak-pihak tertentu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan mencari jalan menyebarkan gambar-gambar lama simpanannya. Nonny atau nam… Read More
Video Isis Malaysia 69 : Nora Danish Buat Laporan Polis Foto Dalam Video Pelakon popular Nora Danish bakal membuat laporan polis selepas mengetahui mengenai fotonya dimanipulasi sekumpulan lelaki bergelar ‘Isis Malaysia 69′. Menerusi laporan Berita Harian, Nora berkata dia mendapat tahu berita … Read More
Panas: Gambar Intim Nonny (AF5) ?Pelakon Nonny (AF5) mengesyaki ada pihak-pihak tertentu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan mencari jalan menyebarkan gambar-gambar lama simpanannya. Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 26… Read More
0 comments:
Post a Comment