Sharnaaz berkata, dia akan memberi penjelasan tersebut bila dirasakan bersedia untuk berkongsi masalah peribadi itu kepada umum.
"Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini.
"Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya sendiri akan hubungi awak untuk penjelasan itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas status gambar seekor burung yang dimuat naik pada Selasa dengan kapsyen berkaitan pembebasan.
Rata-rata pengikut laman instagram itu berpendapat ia berkaitan dengan hubungan cinta pelakon tersebut dengan seorang pelakon wanita baharu iaitu Anis Al Idrus.
Manakala, pada Jumaat lalu, Sharnaaz turut memuat naik gambarnya bersama seorang kanak-kanak lelaki dengan kepsyen seakan-akan sedang dilanda musibah.
"Contoh kelebihan yang awak ada awak bagi sekeliling rasa bertuah bila ada disekeliling awak. Adik Hizri bagi saya senyuman yang dah lama lupa macam mana senyuman jujur dan ikhlas," tulisnya pada kapsyen tersebut.
Sementara itu, kekasihnya, Anis Al Idrus didapati memadam semua gambar-gambar mereka berdua di laman instagram miliknya sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan kenyataan Anis gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.
Sumber: Mstar
0 comments:
Post a Comment