Saturday, February 7, 2015

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir: Juara milik Zero

Kumpulan Zero dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Kumpulan Zero yang menjadi pilihan ramai pihak sebelum ini menepati ramalan apabila mereka bertiga diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), malam tadi.

Pengumuman kejuaraan itu diumumkan oleh hos MLM 2014, Dato` AC Mizal dalam di Gelanggang Akhir MLM 2014 yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kejayaan Zero ini sememangnya dramatik apabila mereka pada asalnya hanyalah peserta Hot Seat MLM 2014 namun atas kerja keras dan kreativiti mereka sepanjang 13 minggu MLM 2014 berlangsung, mereka akhirnya kini dinobatkan sebagai juara.

Kejayaan ini juga membolehkan mereka tiga beradik iaitu Syaiful, Shahril dan Atu menerima hadiah wang tunai RM500,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Juara tahun lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib juga boleh berpuas hati di mana rezeki terus berpihak kepada mereka untuk merangkul gelaran naib juara dan memenangi wang tunai RM250,000 berserta sebuah trofi.

Satu-satunya peserta solo, Nabil pula terus gah di pentas Maharaja Lawak apabila dia menduduki tempat ketiga kali ini dan memenangi wang tunai RM150,000 berserta trofi.


Ajak dah Shahrol yang membentuk kumpulan Shiro pula menghuni tempat ke-4 dan memenangi RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Bocey terpaksa berpuas hati di tempat ke-5 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Untuk peringkat akhir ini, dua tema telah diberikan kepada setiap finalis di mana untuk pusingan pertama, mereka akan membuat persembahan bebas dan untuk pusingan kedua, tema muzikal harus dipersembahkan.

Maharaja Lawak Mega 2014 Akhir telah disiarkan di Astro Ria (104), Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Juri-juri yang mengadili dan memberi komen untuk setiap finalis pada malam tadi seperti biasa ialah Dato` Jalaluddin Hassan, Farah Quin, Fazura dan Taufik Batisah yang turut membuat persembahan istimewa di atas pentas.

Related Posts:

  • 'Gagal Dalam MLM 2013 Bukan Sebab Aibkan Luna' - Nabil Ahmad Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menolak dakwaan kegagalannya dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) kerana kontroversinya mengaibkan juri tetap rancangan itu Luna Maya sebelum ini. Nabil atau nama… Read More
  • Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Juarai MLM 2013 Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut. Ahli kumpulan itu, J… Read More
  • Video: Nabil Mohon Maaf kepada Luna Maya Berikut permohonan maaf peserta Maharaja Lawak Mega 2013, Nabil Ahmad kepada Luna Maya berikutan lawaknya yang dikatakan menyindir masa silam selebriti Indonesia itu. Psst: Macam tu la kan, kena tau sensitiviti walaupun … Read More
  • Nabil dikecam Ungkit Kisah Silam Luna Maya Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan … Read More
  • Sepahtu juara Maharaja Lawak Mega 2013 Kumpulan pelawak, Sepahtu yang dianggotai Mohd Nadzri Zainal Abidin, Shahmira Muhamad dan Rahim Mat Ali dinobatkan sebagai juara program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 menewaskan empat peserta lain, pada pentas ak… Read More

0 comments:

Post a Comment