Sunday, March 16, 2014

Peserta 'Bintang Mencari Bintang' Beraksi Malam Ahad

Seramai 23 peserta akan menunjukkan kehebatan bakat masing-masing menerusi program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) bermula malam Ahad (hari ini).

Barisan peserta-peserta tersebut yang digelar sebagai anak didik terdiri daripada seorang peserta solo dan 11 berkumpulan dimana enam selebriti yang terlibat sebagai sifu akan  mempunyai dua anak didik yang bertanding iaitu satu dari Kumpulan A dan satu lagi dari Kumpulan B.

Menurut Penerbit Eksekutif BMB2, Muhamad Sufian Isa, enam selebriti yang terlibat ialah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus.

“Kesemua anak didik ini adalah yang terbaik daripada lebih 1,500 calon yang telah hadir ke sesi uji bakat. Kami sendiri kagum dengan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap program ini.


"Mereka mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri dan barisan sifu telah melakukan pemilihan dengan amat teliti. Anak didik juga telah memulakan sesi latihan dan persiapan bersama barisan sifu bagi mempamerkan persembahan terbaik di konsert pertama," katanya.


Konsert minggu pertama BMB2 akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setia Ahad (bermula hari ini) pukul 9 malam. baca artikel penuh

sumber: Mstar

Related Posts:

  • Senarai Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur #DramaFestKL Malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) yang diadakan buat julung kalinya, anjuran TV3 dan TV9 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Anugerah DFKL yang pertama kal… Read More
  • Aidid Marcello Tinggalkan TV3 ? Personaliti TV3 Aidid Marcello mengakui keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai Penerbit Ekskutif di stesen berkenaan berkuatkuasa Isnin depan adalah sukar. Aidid bagaimanapun berkata, keputusan itu adalah sesuatu perl… Read More
  • Peserta 'Bintang Mencari Bintang' Beraksi Malam Ahad Seramai 23 peserta akan menunjukkan kehebatan bakat masing-masing menerusi program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) bermula malam Ahad (hari ini). Barisan peserta-peserta tersebut yang digelar sebagai anak didik … Read More
  • MH370: Karnival Jom Heboh 2014 Di Terengganu DiTangguh Berikutan tragedi yang menimpa pesawat MH370, Karnival Jom Heboh 2014 yang bakal berlangsung di negeri Terengganu pada 28 dan 29 Mac 2014 telah ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak. “Kami di Media Prim… Read More
  • Debaran Anugerah Juara Lagu ke 28 "Game on"! Anugerah Juara Lagu, acara hiburan terbesar anjuran TV3 yang dinanti-nantikan oleh para penggiat dan pemuzik tanah air bakal memperlihatkan pertarungan hebat 12 buah lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komp… Read More

0 comments:

Post a Comment