Sunday, March 16, 2014

Nora Danish nafi sambut hari jadi di kelab malam


Pelakon jelita, Nora Danish menafikan dakwaan yang mengatakan dia menyambut hari jadinya yang ke-32 di sebuah kelab malam di Bandar Utama, Selangor dan telah berjaya meloloskan diri apabila kelab malam tersebut diserbu pihak berkuasa.

"Saya tidak pernah berselindung malah apa jua aktiviti termasuk sambutan hari jadi saya yang ke-32 pada 7 Mac lalu juga saya ada muat naik di laman sosial Instagram saya.

"Gambar-gambar yang dimuat naik itu jelas menunjukkan saya menyambut hari jadi di sebuah restoran sebab ada meja makan dan setiap meja makan juga tertera nama para jemputan.

"Justeru, sekali lagi ingin saya tegaskan, ia bukan diraikan di kelab malam seperti yang disebarkan di laman-laman sosial," katanya kepada Kosmo!

Ibu kepada seorang anak itu menjadi bualan ramai apabila dia dikatakan telah menyewa sebuah bilik bernilai RM5,000 di sebuah kelab malam mewah untuk meraikan hari jadinya bersama teman, namun sempat meloloskan diri sebaik pihak berkuasa menyerbu premis yang tidak berlesen itu.

Sumber: Kosmo

0 comments:

Post a Comment