SEJAK beberapa bulan lalu, anak emas Metrowealth International Group (MIG) ini dilihat mengalami perubahan ketara pada wajahnya sehingga ada yang mengatakan dia telah melakukan pembedahan plastik.
Turut dikatakan cuba melarikan diri daripada pihak media, pemilik nama Yana Samsudin ini bagaimanapun menafikannya dan menolak sebarang pembedahan plastik dilakukan pada dirinya.
Yana berkata, dia mengalami penurunan berat badan dan kemungkinan besar ia turut mempengaruhi wajah dan badannya.
Jelas pelakon Selamat Pagi Cinta ini lagi, kecederaan yang dialaminya semasa penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika, November lalu, turut menjadi faktor utama penurunan berat badannya.
"Kecederaan yang saya alami memang agak serius. Tapi tidaklah sampai masuk hospital. Saya terpaksa merahsiakan kecederaan itu kerana ia merupakan sebahagian daripada rahsia syarikat.
“Masa balik ke Malaysia, memang ada penurunan mendadak. Lepas balik kampung itulah timbulnya cerita ini. Ramai yang tengok saya kurus, semua orang cakap saya lain dalam Instagram, tapi bila lihat kembali, orang cakap saya macam biasa dan sama saja macam dulu,” katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam kelmarin.
Mengakui telah menjalani rawatan memutih dan meratakan gigi, Yana berkata, ia turut menyumbang perubahan pada wajahnya.
“Sebenarnya saya bukan obses sangat nak betulkan gigi, tapi dah alang-alang putihkan gigi, kenapa tidak saya betulkan terus,” katanya yang mengakui badannya turun dari 59 kilogram ke 53 kilogram selepas rawatan tersebut.
Sumber: Sinarharian
Saturday, January 25, 2014
Gosip: Yana Samsudin buat pembedahan surgery?
Related Posts:
Fasha Sandha & Kontroversi BikiniGossip @mstarFasha Sandha & Kontroversi BikiniMINGGU lalu, cerita kontroversi aktres Fasha Sandha setelah penyebaran gambarnya memakai bikini di Internet kerap kali bermain di muka hadapan akhbar.Bagaimanapun, wanita itu … Read More
Norman dan Memey Tinggal Serumah ?News @mStar KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah ad… Read More
Kenapa Ana Raffali Melatah?Kenapa Ana Raffali Melatah? Gossips @ManggaOnline Ana Raffali dalam Twitternya menegur secara berhemah seorang blogger yang bercerita tentangnya, biarpun tidak dinyatakan nama pada artikel (rasanya artikel itu ditulis oleh … Read More
Kontroversi Gambar Seksi, Fasha Kunci MulutNews @ MStarSUBANG JAYA: Pelakon popular Fasha Sandha enggan memberi sebarang komen terhadap segala kontroversi termasuklah penyebaran gambarnya memakai bikini dalam Internet.Jelas "Fasha", dia mahu mengambil pendekatan berdi… Read More
Gossip: Aktor terkenal xxx pengamal seks songsangGossip @myMetroSEBELUM ini CAK menjentik seorang aktor terkenal yang khabarnya pengamal seks songsang. Bukan suka sangat menjaga tepi kainnya, tapi CAK rasa si aktor yang sudah berumahtangga itu tidak sepatutnya buat perangai… Read More
dfhgfhdfh5
ReplyDeletesupreme outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet
golden goose outlet