Menurutnya, produk wangian tersebut dicipta berdasarkan kepada pesona selebriti yang memiliki sifat berani dan elegan.
"Bagi saya, wangian adalah aksesori penting buat seseorang selain ia juga melambangkan gaya hidup dan keanggunan si pemakainya. "Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa mahu menghiburkan peminat, pemakaian wangian ini sedikit sebanyak mampu memberi semangat dan kegembiraan untuk saya lakukan sesuatu persembahan yang baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ning baru sahaja melancarkan album terbarunya, Kekal yang mengandungi tiga single baharu dan tiga lagu hitnya sebelum ini iaitu Curiga, Pasti dan Dugaanku.
Sumber: SinarHarian
0 comments:
Post a Comment