Saturday, June 11, 2011

Terengganu Juara Piala FA 2011 !!

Piala FA 2011 Final : Terengganu vs Kelantan

Terengganu Juara Piala FA 2011 !!

Ohh yeahh ! Tepat jangkaan 9009, keputusan penuh 2-1 Berbangga dengan semangat pemain Terengganu kerana tidak mengenal putus asa walaupun di saat2 akhir !

Kosmo:

Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000. more

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.


Related Posts:

  • Harimau Malaya ’kena ikat’ ??news @bharian DATUK Seri Ahmad Shabery Cheek membuat satu kenyataan panas, semalam yang harus menyentap cabaran pasukan utama dalam kancah liga tempatan khususnya Liga Super yang bermula, Sabtu ini namun dari segi realiti seg… Read More
  • Perlukah ditukar Gelaran Harimau Malaya?Perlukah ditukar Gelaran Harimau Malaya?Cerita-cerita tentang kejayaan skuad negara kita menjulang Piala AFF Suzuki terus hangat diperkatakan. Ya, satu kejayaan harus dibanggakan kerana buat pertama kali dalam sejarah, kita b… Read More
  • Chong Wei juara Terbuka Malaysianews @bharianChong Wei juara Terbuka Malaysia2011/01/23KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di … Read More
  • Nike Malaysia Unleashes The New National Football Team JerseyNike is proud to introduce the new national team kit as part of our steadfast allegiance to the Malaysian football team. This is our third year partnering with FAM, and we believe that this relationship has allowed Nike to co… Read More
  • Promo: Poster Skuad Harimau MalayaNak menang poster yg ditandatangani oleh Skuad Harimau Malaya?Suka Harimau Malaya? Penyokong setia mereka? Apa lagi...jawab dua soalan mudah mengenai Harimau Malaya dan peserta yang dipilih dengan slogan paling gempak akan me… Read More

0 comments:

Post a Comment