Sunday, February 6, 2011

Ariel banduan selebriti porno

news @Kosmo

Ariel banduan selebriti porno

JIKA mengikut perancangan grup Peterpan yang dianggotai Ariel, Uki, Lukman dan Reza, tahun ini mereka bakal muncul dengan sebuah album baru.

Malah, pada Jun tahun lalu mereka sempat menyiapkan klip video single terbaru mereka.

Dalam klip video itu, Ariel, 29, digambarkan memiliki dua keperibadian iaitu kacak dan bengis.

Ia boleh ditonton di kaca televisyen manakala lagu itu juga boleh didengar menerusi radio.

"Sebulan lagi album itu akan dilancarkan," begitu Ariel pernah berkata.

Namun, rancangan itu gagal. Pada 3 Jun tahun lalu Ariel ditangkap pihak polis Indonesia gara-gara kes video lucah yang membabitkan dirinya dengan dua wanita selebriti, Cut Tari dan Luna Maya.

Insiden itu memusnahkan semua perancangan Peterpan. Pelancaran album ditunda, jadual pementasan terpaksa dibatalkan.

Pada Isnin lalu, Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Bandung.

Ketua Majlis Hakim, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan dan denda Rp.250 juta (RM84,312) ke atas Ariel. more news

0 comments:

Post a Comment