Sunday, January 25, 2015

Photo: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29)

Atau lebih tepat karpet pink seperti yang dimaklumkan oleh penganjur sendiri. Malam ini, para selebriti tidak terkecuali mengenakan pakaian atau fesyen terbaik mereka untuk hadir ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) meraikan pertandingan muzik paling berprestij ini.

Seperti tahun yang sebelumnya sebanyak 12 lagu terbaik sepanjang tahun 2014 telah terpilih untuk bersaing di peringkat akhir AJL 29 dan melihat kepada senarai, memang semua lagu yang bertanding kali ini mempunyai kekuatan tersendiri.


Sementara anda menyaksikan persembahan hebat oleh artis artis kita malam ini, saksikan fesyen selebriti kita di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29).
































Sumber: RotiKaya

Zamani bebas dengan jaminan polis


Vokalis kumpulan Slam, Zamani dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu selepas ditahan reman berkaitan kes dadah pada Rabu lalu.

Menurut peguam penyanyi itu, Zamani sedang menunggu perbicaraan kes di Mahkamah Majistret Ampang yang ditetapkan pada pagi Selasa ini.

“InsyaAllah beliau sudah bersedia untuk perbicaraan kes Selasa ini," kata Johan Aziz, ketika dihubungi Astro AWANI dihubungi di sini, hari ini.

Apabila ditanya tentang keadaan penyanyi itu, Johan berkata Zamani berada dalam keadaan ceria namun perlu berehat sebanyak mungkin.

"Dia 'okay'. Saya telah menasihatkannya untuk berehat kerana sebelum ini beliau agak ‘tension’,” jelas Johan.

merakam dan menyebarkan video penahanannya ketika berada di dalam lokap sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sebelum ini, video berdurasi 81-saat itu memaparkan penyanyi ‘Gerimis Mengundang’ itu dalam keadaan duduk dan tangan bergari. Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga ada yang bersimpati dengan nasib penyanyi berusia 43 tahun itu.

“Itu biar polis siasat dan ambil tindakan. Bagi pihak Zamani, beliau tidak akan buat apa-apa tindakan,” katanya.
Beliau turut mengesahkan bahawa Zamani membuat keputusan untuk tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang


Sumber: Astro Awani