Saturday, May 30, 2020

Pelakon baharu dituduh pikat isteri orang ?

Pelakon baharu Shah Radhi Hazvee dituduh pikat isteri orang dengan niat untuk melakukan hubungan seks?

PELAKON baharu Muhammad Shah Radhi Hazvee mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan.
Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret Ampang di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar pada pagi Jumaat.



Mengikut pertuduhan, Muhammad Shah Radhi, 24, didakwa memikat wanita berusia 36 tahun yang diketahuinya berstatus isteri orang dengan niat untuk bersetubuh.

Pelakon drama Monalisa dan Hero itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di No 28 Jalan SU 2C, Taman Sering Ukay, Hulu Klang kira-kira pukul 8 malam, Isnin lalu.
Tertuduh banyak membintangi drama tempatan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Ia memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Sangitaa manakala tertuduh diwakili peguam, Harcharanjit Singh.

Terdahulu, S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atasnya namun, peguam tertuduh merayu agar dikenakan denda yang rendah iaitu sebanyak RM2,000.

Hakim kemudian memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM2,300 dengan seorang penjamin iaitu kakaknya.
Sebutan kedua kes ditetapkan pada 5 Ogos depan.

Sementara itu Shah Hazvee ketika ditemui di luar mahkamah selepas selesai membayar ikat jamin berkata dia berharap kebenaran akan berpihak kepadanya.

"Saya bersyukur dibebaskan hari ini. Saya akan buktikan kebenaran di mahkamah nanti.
"Biar mahkamah tentukan siapa yang salah dan sebaliknya dan kena tahu bahawa tak semestinya orang yang masuk lokap itu bersalah" katanya.


Ditanya mengenai pengalaman bermalam di lokap selama tiga malam, Shah Hazvee berkata ia sangat memeritkan.

"Betul orang cakap, sehari rasa macam setahun. Saya tak pernah berhenti berdoa... saya rindukan mak," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff ketika dihubungi mStar mengesahkan pihaknya menahan tertuduh di Taman Sering Ukay, Ampang, Selangor, pada Selasa.

Menurut fakta kes, seorang suami berusia 38 tahun yang merupakan peniaga mendapati isterinya tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali, pada pukul 8 malam, Isnin lalu.

Suami tersebut mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pengurus kepada Muhammad Shah Radhi Hazvee iaitu Leana Sharif tidak menafikan kejadian yang heboh diperkatakan itu melibatkan pelakon drama Monalisa itu bersama bekas pengurusnya.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Aksi gadis peluk artis K-pop undang cemuhan Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebu… Read More
  • Viral: MC Akibat Chicken Chop Jadi Bahan Jenaka   Sebuah klinik di Sungai Buloh tersilap mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) kepada salah seorang pelajar sehingga ianya dijadikan bahan jenaka di media sosial. MC tersebut dikeluarkan sebuah klinik swasta bagi meng… Read More
  • Viral Video: Kena buli masa rehatViral Video: Kena buli masa rehat   Alor Setar: Video memaparkan sekumpulan lima murid membuli seorang murid lain dipercayai berlaku di sekolah rendah, di sini, viral di laman sosial Facebook sejak semalam. Video be… Read More
  • 9009Viral: KFC mohon maaf isu pekerja bergaduh 9009Viral: KFC mohon maaf isu pekerja bergaduh Baru-baru ni kecoh tentang kes pergaduhan pekerja restoran makanan segera KFC di Jalan Raja Laut. Pergaduhan itu bermula daripada pekerja KFC sendiri yang juga adi… Read More
  • Viral: CJ LEE National Costume Photo DikecamViral: CJ LEE National Costume Photo Dikecam I have no words to say. This is a NatCos? Are you serious. Half naked costume just put samping songkek and SONGKOK. I believe we are not use that Songkok with inappropriate… Read More

1 comments: