Thursday, December 18, 2014

Izzue Islam Elak Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

Pelakon kacak Izzue Islam  bertegas dengan prinsip lakonannya yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita demi menjaga statusnya sebagai suami.

Menurut Izzue,keputusan tersebut dibuat sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Saya mahu menghadkan bersentuhan dengan pelakon wanita lagipun saya sudah berkahwin dan berstatus suami orang.

“Keputusan ini dibuat oleh saya sendiri dan sebelum berlakon saya juga ada beritahu pihak produksi mengenai perkara ini dan mereka juga tiada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-tonton telefilem ‘Oh My English Villa Isabellaaa!’ bertempat di GSC Signature,The Garden pada petang Rabu.

Selain itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan juga memberitahu untuk melakonkan adengan romantik tidak semestinya perlu bersentuhan.

“Saya rasa banyak lagi cara untuk menunjukkan babak-babak romantik dan tidak semestinya perlu bersentuhan.

“Saya pun nak jaga status saya sebagai suami dan dalam masa yang sama saya juga menghormati dan menjaga maruah pelakon wanita.

“Jadi saya rasa isu ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” ujarnya.

Di samping itu Izzue juga diminta mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan prinsip tersebut mempunyai kaitan dengan isteri yang juga merupakan pengurusnya iaitu Awin.

“Orang boleh berkata macam-macam tetapi sebenarnya keputusan ini datangnya dari saya sendiri.

"Sudah-sudahlah kaitkan perkara ini dengan isteri saya, seperti yang saya cakap tadi tidak ada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan yang saya buat." ulasnya pendek.


Sumber: AstroGempak

0 comments:

Post a Comment