Impian dua pelajar #AF2014 Nina dan Zarif musnah apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta tersingkir di konsert suku akhir yang berlangsung sebentar tadi.
Nina Nadira Naharuddin atau Nina dan Muhd Zharif Mohd Kamil atau Zarif menjadi mangsa penyingkiran setelah mendapat undian terendah.
Nina telah menyampaikan lagu ‘Rescue’ nyanyian asal oleh Yuna manakala Zarif pula mendendangkan lagu ‘Romancinta’ nyanyian asal oleh Mojo sama sekali gagal memikat hati penonton.
Dengan bertemakan pilihan media, lima pelajar lain iaitu Ewal yang menyampaikan lagu ‘Mahakarya Cinta’ (Faizal Tahir), Nuha ‘Kisah Dongeng’ (Stacy), Aman ‘Kasih Latifah’ (Spider), Firman ‘She’s Gone’ (Steel Heart) dan Azwan ‘Cinta Nusantara’ (Sheqal) turut memberikan persembahan terbaik.
Selain itu, konsert suku akhir #AF2014 ini turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Aweera, Aliff Satar dan Nomad.
Istimewanya minggu ini, para pelajar mempunyai dua pusingan nyanyian iaitu persembahan secara solo dan juga duet.
Pasangan duet yang dimaksudkan ialah Nuha dan Firman (Ceritera Cinta- Jaclyn Victor & Rio Febrian), Aman dan Nina (Ku merindu – Ella & Shah) serta pasangan trio #AF2014 Azwan, Zarif dan Ewal (Satu – Tan Sri SM Salim & Zainal Abidin.
Sempena minggu pilihan lagu oleh pihak media, Editor Hiburan Rap Harian Metro Roslen Fadzil menjadi juri jemputan manakala Dato’ Ramli MS dan Raja Azura selaku juri tetap.
Dengan penyingkiran Nina dan Zarif itu, kini tinggal lima lagi bintang #AF2014 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.
Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:
AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.
Sumber: AstroGempak
Monday, October 27, 2014
Home »
af2014
,
af2014 result
,
akademi fantasia
,
akademi fantasia 2014
» AF2014: Nina dan Zarif tersingkir pada konsert #AF2014 ke8
AF2014: Nina dan Zarif tersingkir pada konsert #AF2014 ke8
Related Posts:
#AF2014: Tiada penyingkiran di konsert kelima Kejutan buat sembilan pelajar apabila pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail mengumumkan bahawa tiada penyingkiran untuk konsert kelima #AF2014. Sembilan pelajar yang dimaksudkan ialah Firman, Ewal, Zarif, Aman, … Read More
#AF2014: Muna tidak 'KEKAL' di konsert ke-4 Akademi Fantasia Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad. Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undi… Read More
AF2014: Adel tersingkir pada konsert #AF2014 ke7 Keputusan yang mengejutkan berlaku di Konsert ketujuh #AF2014 yang berlangsung sebentar tadi apabila nama Adel diumumkan sebagai pelajar kelima tersingkir selepas Wawa, Farez, Muna dan Ziha. Mana tidaknya, Adel yang selama… Read More
#AF2014: Ziha diumumkan tersingkir di konsert ke-6 Pelajar yang menduduki undian tercorot minggu ke 6 sempena tema rock:1. Zarif2. Ziha3. NuhaPelajar yang tersingkir : ZIHA… Read More
AF2014: Ziha tersingkir pada konsert #AF2014 ke enam Ziha menjadi pelajar ke empat tersingkir pada konsert ke- 6 Akademi Fantasi 2014 yang berlangsung pada Ahad. Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, 20 menyanyikan semula lagu yang pernah dipopularkan oleh penyany… Read More
0 comments:
Post a Comment