Monday, September 29, 2014

#AF2014: Muna tidak 'KEKAL' di konsert ke-4 Akademi Fantasia


Muna menjadi pelajar ketiga tersingkir di konsert ke-4 Akademi Fantasia 2014 yang berlangsung pada Ahad. Muna atau nama sebenarnya Muna Shahira Munadi mendendangkan lagu Kekal nyanyian asal Ziana Zain kurang mendapat undian dari penonton walaupun mendapat pujian dari juri.

Selain Muna, Nina dan Ziha adalah antara pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert minggu ini. Penyingkiran Muna, 19 diumumkan oleh dua pengacara #AF2014 Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Dengan tema Tribute Komposer,  pelajar-pelajar #AF2014 diberi tugasan untuk menyanyi semula lagu-lagu yang pernah dihasilkan oleh empat komposer terkenal tanah air iaitu  Saari Amri, Pak Ngah, Ajai dan juga Edry Abdul Halim.

Menarik di akhir konsert, 10 pelajar #AF2014 turut menyanyikan lagu-lagu yang pernah dicipta oleh komposer evergreen, Allahyarham JS Kevin antaranya adalah Mimpi Shakila dan Semangat yang hilang.


Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura, manakala Ziana Zain selaku juri jemputan.

Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kemunculan Jaclyn Victor dan bekas penyanyi kumpulan Wings yang juga bapa kepada Ewal, Mel.

Dengan penyingkiran Muna,  kini tinggal 9 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

Mereka ialah Adel, Nina, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.

Sumber: Astro Gempak

Related Posts:

  • AF9 Result: Tiada Penyingkiran Konsert Ke 8Jangan luper menyaksikan konsert mingguan pelajar Akademi Fantasia 9Siapakah pilihan anda?Result : 28 May 2011Tiada penyingkiran !!FINA - iMUNITI AWARDS !Pelajar Lelaki AF9: ERUL, AZRI DAN HAZAMAPelajar Wanita AF9: LENA DAN F… Read More
  • AF9: Fina Mara ke Finalnews @mStar Pelajar berasal dari Melaka, Nurshafinaz Jebat, 18, atau lebih dikenali sebagai Fina berjaya menempatkan diri ke final Akademi Fantasia 9 (AF9) setelah berjaya mendapat imuniti. Fina layak menerima im… Read More
  • 'Saya Bukan Berbikini Sembarangan' - Nera AF9News @mStar 'Saya Bukan Berbikini Sembarangan' - Nera AF9Bekas pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9), Queennera Francis Kitingon, atau Nera, 19, menjelaskan gambarnya berbikini seperti yang disebarkan di Internet adalah k… Read More
  • AF9 : New Single from Top 5AF9 : New Single from Top 5 (Hazama, Lena, Erul, Fina dan Azri)Lena - Sisa Kisah KitaErul AF9 - Legasi CleopatraAzri - NiskalaHazama - Cinta TeragungFina - Menangis Lagi* Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.… Read More
  • AF9 Result: ERUL terkeluar Konsert Ke 9Jangan luper menyaksikan konsert mingguan pelajar Akademi Fantasia 9Siapakah pilihan anda?Result : 04June 2011ERUL Vote out !!FINALIST AF9: AZRI DAN HAZAMA, LENA DAN FINA* Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.co… Read More

1 comments: