Monday, September 22, 2014

AF2014 : Farez tersingkir, Zarif dan Nina mata terendah


Farez diumum peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga malam ini.

Pelajar berusia 21 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh Hafiz Suip.

Selain Farez, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Zarif dan Nina.

Penyingkiran malam ini diumumkan hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.

Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Dato Ramli MS dan Raja Azura, manakala Datuk Aznil hj Nawawi selaku juri jemputan.

Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan juara Akademi Fantasia musim lepas seperti Zahid, Mawi, Faizul, Hazama dan juga Mila.

Dengan penyingkiran Farez, kini tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

Mereka ialah Adel, Nina, Muna, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.

Sumber: Astro Gempak

Related Posts:

  • Akademi Fantasia 9 : Konsert PengenalanJangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Pelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRIPelajar Wanita AF9: AIDA, LAIKA, NERA, MIZA, EKA dan LENA* Untuk maklumat lanjut, laya… Read More
  • Wajah Baru Pelajar Akademi Fantasia 9news @ERA fmPelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRIPelajar Wanita AF9: AIDA, LAIKA, NERA, MIZA, EKA dan LENA* Untuk maklumat lanjut, layari www.akademifantasia.com.my. / FacebookMore news / previous news… Read More
  • AF9 Result: LAIKA terkeluar Konsert Per 1Jangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Result : 09 April 2011 LAIKA Vote out !!Pelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRIPelajar Wanita AF9: AIDA, LAIKA, NERA, MIZA, E… Read More
  • Marsha AF3 : Sedia bergelar isterinews @Bharian Marsha AF3 : Sedia bergelar isteri PERTENGAHAN bulan lalu, Marsha Milan Londoh mengakui menjalin hubungan dengan seorang usahawan berbangsa Melayu. Namun tidak sampai sebulan bintang muda itu meminta mer… Read More
  • Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isterinews @mStar Jimmy Shanley Luah Perasaan Mengenai Sikap Isteri SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Salleh memberitahu isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah tanpa keizinan… Read More

1 comments: