Friday, August 22, 2014

Astro Perkenal 12 Pelajar AF2014


Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) diperkenalkan. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Doubletree By Hilton di sini pada Khamis.

Pelajar-pelajar tersebut masing-masing enam lelaki dan enam wanita iaitu, Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Enam orang wanita pula ialah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, Syamila Nuhair Zainordi, 21 dan Walfadhilah Suhaizat, 19.
Majlis sidang media Akademi Fantasia 2014.
Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, 12 pelajar tersebut dipilih menerusi sesi uji bakat yang berlangsung selama dua minggu di empat buah lokasi iaitu Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Selangor pada Jun lalu.

"Agak mencabar juga mahu mencari 12 pelajar yang terbaik. Banyak saringan yang perlu dilakukan.

"Alhamdulillah, pihak kami memilih pelajar daripada pelbagai latar belakang selain mempunyai bakat yang berbeza," katanya pada majlis pelancaran tersebut.

Selain itu, majlis tersebut turut memperkenalkan barisan tenaga pengajar iaitu Acis sebagai guru muzik dan pengarah muzik konsert, Siti Hajar (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi) Linda Jasmine (Guru Tarian) dan Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan).
Barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2014.
Manakala pelawak Zizan Razak sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai pengacara konsert mingguan sementara Jihan Musa sebagai pengacara Diari AF.

Sementara itu, rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 1 September ini.

Konsert Mingguan AF 2014 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, pukul 9 malam, bermula 7 September 2014.

Ia akan bersiaran meneruai saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • VINCE AF CHONG KAHWINI PRAMUGARI MASVince Chong yang juga juara Akademi Fantasia Musim pertama ini sudah pun berkahwin dengan seorang pramugari MAS kelahiran Sabah bernama Fiona pada Sabtu lalu bersamaan dengan 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan yang berlangsu… Read More
  • Penjelasan Suhada AF2013 Isu Curi Basikal Berita penangkapan bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013, Suhada kerana didakwa mencuri basikal dan pecah premis semalam menjadi topik bualan hangat peminat di laman sosial. Bekas Pelajar Akademi Fantasia 2013, Suhada, Suh… Read More
  • Indah (AF 2013) Terkejut Gosip Putus Tunang Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) iaitu Indah terkejut apabila dikatakan putus tunang baru-baru ini.Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 27, berkata, dia hairan bagaimana tuduhan itu boleh … Read More
  • Azhael AF2013 Dituduh Lelaki Lembut? Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay. Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh… Read More
  • Astro Perkenal 12 Pelajar AF2014 Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) diperkenalkan. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI KUALA LUMPUR: Seramai 12 orang pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), telah diperkenalkan dalam satu majlis yang di… Read More

0 comments:

Post a Comment