Wednesday, July 23, 2014

Perasaan Sukar Siti Nurhaliza Jaga Datuk K Dikongsi Dalam Lagu

Siti kongsi perasaan dalam lagu 'Jaga Dia Untukku'.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu lagu terbaharunya berjudul Jaga Dia Untukku merupakan perkongsian tentang perasaannya melalui waktu-waktu sukar ketika suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

Siti, 35, berkata, ia bercerita tentang pelbagai perasaan yang dipendam dan sukar untuk digambarkan ketika kejadian itu yang hanya dirasai oleh dirinya seorang.

"Lagu ini adalah tentang pengalaman setahun lalu ketika suami saya terlibat dengan kemalangan jalan raya, ia berkongsi tentang perasaan hiba, sedih dan berkecamuk ketika itu sehingga saya membuat untuk berhenti menyanyi selama empat bulan bagi menumpukan perhatian sepenuhnya mengaja dia.

"Ketika itu orang ramai tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi, jadi saya minta Aubrey Suwito (komposer) dan kakak ipar saya, Rozi yang tahu tentang keadaan itu mencipta sebuah lagu  dan lirik tentang kejadian itu," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Fragmen, di Hotel Le Maridien, di sini, malam Isnin.

Album yang memuatkan sebanyak sembilan buah lagu itu turut menerima Anugerah Platinum apabila jualan album mencecah 5,000 unit dalam masa seminggu dikeluarkan.
Sementara itu, Siti turut mengakui agak kecewa dan geram apabila masyarakat memberi pelbagai spekulasi terhadap keadaan suaminya selepas kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, dia enggan mengambil peduli tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai satu cabaran sebagai seorang isteri yang perlu ditempuhinya.

mStar Default Image
Siti Nurhaliza lima dari kiri ketika pelancaran albumnya.

"Memang geramlah bila macam-macam cerita keluar tentang Datuk K ketika itu, tetapi saya sabar dan faham ia adalah kerana mereka tidak tahu keadaan sebenar suami saya.

"Kami tidak benarkan ramai orang datang melawat kerana Datuk K perlukan rehat dan menjalani rawatan fisioterapi setiap hari, mungkin disebabkan itu banyak spekulasi tidak betul timbul," katanya.

Dalam pada itu, Siti berkata, kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri yang menguji kesabarannya sebagai seorang isteri.

Sementara itu, bercerita tentang album Fragmen ini, Siti berkata ia sarat dengan nilai kasih sayang, semangat dan juga rasa kecintaan dalam perspektif yang lebih meluas.

Tambahnya, dia mahu menerapkan nilai-nilai positif supaya album ini bukan sahaja boleh didengar muzik dan lagunya tetapi turut menghayati lirik-lirik yang ditampilkan.

Fragmen turut memuatkan lagu seperti Aku, Mula dan Akhir, Kau Sangat Bererti, Sanubari, Terbaik Bagimu, Warna Dunia dan Membunuh Benci.
Sumber: Mstar

Related Posts:

  • SimplySiti Dan Majlis Berbuka PuasaSimplySiti Dan Majlis Berbuka Puasa SimplySiti juga telah menganjurka majlis doa selamat dan berbuka puasa di Masjid Wilayah Persekutuan (tempat pernikahan mereka 5 tahun yang lalu) pada Selasa lalu. Turut hadir, pe… Read More
  • Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012Siti Nurhaliza dan Majalah GLAM Januari 2012Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak… Read More
  • New Album - Siti Nurhaliza - Falling In Love (2011)New Album - Siti Nurhaliza - Falling In Love (2011) Tracklisting:1.ALL YOUR LOVE2.NOBODY ELSE3.TONIGHT4.ALL OVER AGAIN5.I’LL WAIT FOREVER6.FALLING IN LOVE7.I CRY OUT8.FIGHT FOR LOVE9.STAND UP10.REMEMBER YOU (FEAT SEAN KINGST… Read More
  • Siti kagum kejayaan Yuna dan Zee AviSiti kagum kejayaan Yuna dan Zee AviDalam segmen kedua temubual Forumuzik bersama ikon seni negara Datuk Siti Nurhaliza, beliau mengagumi pencapaian artis baru seperti Yuna dan Zee Avi.Siti mengakui bahawa untuk ke persada an… Read More
  • Konsert Amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCCPenyanyi tersohor dan nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza tampil dengan konsert amal Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC pada 7 dan 8 Februari 2014 di Plenary Hall, KLCC. Konsert ketiga daripada pertubuhan yang diasaskan … Read More

0 comments:

Post a Comment