Sunday, May 4, 2014

Brian McKnight Bikin Konsert Di PWTC 9 Mei Ini

Penyanyi antarabangsa Brian McKnight bakal mengadakan persembahan menerusi konsert More Than Words - An Intimate Evening with Brian McKnight, yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 9 Mei ini.

Menurut penganjurnya, JAG Concerts & Events, ini merupakan konsert pertama penyanyi itu di negara ini dan para peminat bakal menyaksikan Brian mendendangkan lagu-lagu hits sepanjang karier seninya.

“Ini merupakan pertama kali Brian mengadakan konsert di negara ini dan dia begitu teruja  untuk beraksi di hadapan penonton-penonton Malaysia.
bdsgs

“Para peminat bakal mengimbau kembali memori bersama Brian menerusi lagu popularnya, Back at Oneyang dikeluarkan oleh Motown Records pada tahun 1999 dimana ketika itu ia terjual lebih tiga juta salinan di seluruh dunia,” kata penganjur konsert itu kepadamStar Online menerusi e-mel yang diberikan.

Brian merupakan seorang penyanyi yang berjaya menempa nama dalam sejarah muzik kontemporari setelah setelah mengeluarkan 15 album dengan mencatat jualan album melebihi 20 juta unit di seluruh dunia.

Tiket konsert berharga RM150, RM200, RM350, RM550, RM850 dan RM1,250 boleh dibeli secara talian www.jagtickets.com

Related Posts:

  • KONSERT TEATERIKAL SUARA KITA DAPAT SOKONGAN TOURISM MALAYSIA Adalah satu kelebihan sekiranya seni persembahan menjadi nadi sesebuah negara atau bandaraya. Kegemilangan seni persembahan sudah lama berakar umbi di bandaraya bandaraya utama dunia terutama di negara negara maju. Mala… Read More
  • Ulasan Konsert Gelombang Salamiah Hassan 2014 PADA mulanya tidak banyak ekspektasi positif lahir daripada penggemar seni persembahan pentas apabila penyanyi Salamiah Hassan menyatakan impiannya untuk mengadakan konsert solo. Tambah pula ia diadakan di Istana Budaya. … Read More
  • Shah Rukh Khan Tetap Akan Menari Demi Peminat Kecederaan pada kaki kiri yang masih belum sembuh tidak menghalang aktor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan beraksi pada Konsert Temptations Reloaded in Malaysia yang berlangsung di Stadium Merdeka di sini pada malam Sabtu. S… Read More
  • BRUNO MARS LAKAR SEJARAH DI SUPERBOWL HALFTIME CONCERT Sensasi yang dibawakan penyanyi hebat, Bruno Mars sekali melakarkan sejarah baru dalam kariernya apabila persembahannya di Super Bowl Halftime Show telah ditonton oleh 115.3 juta penonton. Ia sekaligus telah memecahkan rek… Read More
  • Konsert UNGU Tercipta UntukkuKumpulan Ungu dari Indonesia bakal menemui peminat di Malaysia pada 28 Februari 2014 bertempat di Star Stage, Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari www.tic… Read More

0 comments:

Post a Comment