Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu.
Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan.
Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.
source: Mstar
0 comments:
Post a Comment