Wednesday, May 30, 2012

Qi Rancang Pinang Yuna 2 Bulan Lagi


Hubungan cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pemain dram kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Qi bukan rahsia lagi, malah pasangan itu kini sedang dalam proses untuk melanjutkan setapak lagi perhubungan itu melalui ikatan pertunangan tidak lama lagi.


Menurut Qi yang juga merupakan seorang pengacara rancangan televisyen dan pelakon popular, dia berasakan sudah sampailah masanya mereka bertunang selepas hampir dua tahun bercinta di mana secara tidak lamgsung ia bagi mengelakkan cakap-cakap kurang manis tentang perhubungan itu.

“Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap lebih lanjut tentang ikatan pertunangan tersebut.

“Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan berbincang tentang perkara itu lebih lanjut lagi. Kami harap semua pihak akan mendoakan yang terbaik untuk kami agar ikatan kami itu akan berakhir ke jenjang pelamin nanti,” ulas Qi tentang perancangannya untuk bertunang itu.

Perhubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi buah mulut banyak pihak apabila pasangan itu dilihat banyak kali hadir bersama-sama dalam pelbagai majlis sama ada yang disertai oleh Yuna atau Qi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu akhir-akhir ini. #yuna

source:
mynewshub

Related Posts:

  • Shakira Dedah Kekasih Melalui TwitterNews @mStar Shakira Dedah Kekasih Melalui Twitter SETELAH sekian lama malu untuk mengakui tentang perhubungan cinta, Shakira kini mula berani mendedahkan kekasihnya, Gerard Pique. Penyanyi yang popular denga… Read More
  • Shania Twain with 2011 New AlbumShania Twain with 2011 New Album TORONTO - Canadian country-pop darling Shania Twain is recording a new album and preparing to return to the stage. The superstar singer from Timmins, Ont., made the revelation backstage a… Read More
  • RAIN Concert in Malaysia !Promo: RAIN Concert in Malaysia ! RAIN in Malaysia ! Cheer your way through the Proton LRGP and dance your night away with Rain at night next week! Join the contest today!Here’s your chance to cheer on Lotus Renault GP tea… Read More
  • Akademi Fantasia 9 : Konsert PengenalanJangan luper menyaksikan konsert pengenalan pelajar baru AF9Siapakah pilihan anda?Pelajar Lelaki AF9: AMIR, AFIF, RAQIB, KAY, ERUL dan AZRIPelajar Wanita AF9: AIDA, LAIKA, NERA, MIZA, EKA dan LENA* Untuk maklumat lanjut, laya… Read More
  • Result: Thia Megia and Naima Adedapo Voted Off - American Idol 2011Result: Thia Megia and Naima Adedapo Voted Off - American Idol 2011More than 55 million votes were logged for the Idolettes this week on “American Idol.” Which is 25 million more than last week and a record at this stage of t… Read More

0 comments:

Post a Comment