Friday, May 25, 2012

Phillip Phillips Juara American Idol 2012


Phillip Phillips Juara American Idol 2012

LOS ANGELES, 24 MEI 2012: Setelah berteka teki siapakah juara bagi rancangan realiti, American Idol, program yang cukup terkenal di seluruh dunia itu telah menutup siri ke sebelasnya dengan menyaksikan kejayaan menjadi milik Phillip Phillips.

Penyanyi bergenre rock itu telah berjaya memikat hati para pengundi dan undian yang dicatatkan paling tertinggi dalam sejarah American Idol iaitu sebanyak 132 juta undian dan telah menewaskan Jessica Sanchez, 16.
Kejayaan buat Phillip Phillips yang berusia 21 tahun itu telah mengukir kejayaan di mana apabila kali kelima peserta lelaki menjuarai pertandingan berkenaan.

Phillip Phillips telah menjadi perhatian semenjak hari pertama dia melangkah ke American Idol dan kerana aura dan personaliti yang dimilikinya, telah menjadikan dia cukup disenangi oleh ramai penonton dan peminat American Idol. more

source:


0 comments:

Post a Comment