news @mStar
Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril
Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata kembar mereka, Iman Lilly dan Tiara Rose yang berusia empat bulan.
Akui Sazzy, kedatangan lebaran ini dirasakan berbeza dan istimewa kerana buat julung kalinya mereka membuat persiapan untuk dua puteri kembar itu selepas hampir lima tahun berkahwin.
"Sambutan Hari Raya kali ini memang berbeza. Kehadiran Iman Lilly dan Tiara Rose membuatkan saya dan Nazril seronok hendak beraya. Kalau dulu buat persiapan raya untuk kami berdua sahaja tapi kali ini untuk si kembar juga.
"Saya sediakan dua pasang baju sahaja untuk mereka. Selain seronok buat persiapan raya, saya juga seronok apabila memikirkan saya akan tolong anak-anak untuk kutip duit raya mereka juga," katanya secara berseloroh. more
Related Posts:
What Sazzy Falak Said about Sex and AidsPT Foundation is the largest community-based,voluntary non-profit making organization in Malaysia. It has been providing HIV education, prevention, care and support programmes for the marginalized communities most affected by… Read More
Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazrilnews @mStar
Anak Kembar Jadi Pelengkap Sazzy & Nazril
Pasangan selebriti Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus mengakui sambutan Hari Raya pada tahun ini lebih bermakna dan lengkap dengan kehadiran dua cahaya ma… Read More
0 comments:
Post a Comment