news @hmetro
Hilang sebutir lagi bintang pop yeh-yeh
KETIKA seluruh umat Islam meraikan hari pertama Ramadan, masyarakat dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal era 1960-an, Hasnah Haron. Penyanyi lagu irama pop yeh yeh yang popular menerusi lagu Bersedih dan Sabar Menanti ini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, pada jam 8 pagi semalam selepas dimasukkan ke hospital itu, Rabu lalu.
Allahyarham yang menghidap komplikasi penyakit barah pangkal rahim tahap dua, penyakit paru-paru, buah pinggang bengkak dan retak kedua-dua belah tulang rusuk, mula tenat pada tengah malam Sabtu dan nazak pagi semalam sebelum menghembuskan nafas di depan anak dan saudara- mara. Allahyarham yang berusia 64 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru selepas solat Zuhur.
Aktif sebagai anak seni sejak usia belasan tahun, Hasnah mula menghiburkan masyarakat dengan alunan merdunya bersama kumpulan Les Kafilas pada majlis kenduri kahwin dan keramaian. Dia tampil dengan album pertamanya yang memuatkan lagu Bersedih dan Sabar Menanti pada 1969. Popularitinya ketika itu sebaris Allahyarham Datin Rafeah Buang dan Sanisah Huri. more
Related Posts:
Izwan Pilus meninggal duniaIzwan Pilus meninggal duniaIzwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.Terdahulu jenazah Allahyarham … Read More
Hilang sebutir lagi bintang pop yeh-yeh - Hasnah Haronnews @hmetro Hilang sebutir lagi bintang pop yeh-yeh KETIKA seluruh umat Islam meraikan hari pertama Ramadan, masyarakat dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal era 1960-an, Hasnah Haron. Penyanyi lagu iram… Read More
Philip Seymour Hoffman dead at 46: Actor had 70 bags of heroin, prescription drugs in homeSources say 70 baggies of heroin, at least 50 of which were unopened, were found in the actor’s apartment — some with an 'Ace of Hearts' stamp, which police say they haven't seen in New York City since 2012. Investigators als… Read More
Al-Fatihah utk Bob Kuman yg telah kembali kepada PenciptaNYA
Sumber: Berita Harian (2May2012)
Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang i… Read More
Amy Winehouse's death news was shocking: Lady GagaAmy Winehouse's death news was shocking: Lady Gaga Lady Gaga was so devastated by Amy Winehouse's death she couldn't talk for two days. The 'Edge of Glory' hitmaker was heartbroken to hear that Amy passed away at h… Read More
0 comments:
Post a Comment